Pautkan ke halaman web, e-mel, atau slaid dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menukar teks, kotak teks, imej, bentuk, garis, anak panah dan video menjadi pautan yang anda boleh ketik semasa pembentangan untuk membuka halaman web atau mesej e-mel, melompatkan ke slaid lain, atau keluar daripada tayangan slaid.
Semasa anda menaip teks dalam kotak teks atau bentuk, Keynote mengesan alamat web (URL) dan alamat e-mel yang sah dan mengayakannya (sebagai contoh, dengan garis bawah atau warna yang berlainan) untuk menandakan yang pautan ialah pautan aktif. Jika anda tidak mahu Keynote mengesan pautan secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pemformatan pautan automatik.
Tambah pautan
Ketik objek atau kotak teks, atau teks dipilih yang anda mahu tukarkan menjadi pautan, kemudian ketik Pautan.
Ketik Pautkan Ke dan pilih destinasi (Slaid, Halaman Web, atau E-mel).
Tentukan butiran untuk destinasi:
Slaid: Pergi ke slaid lain dalam pembentangan. Pilih salah satu pilihan slaid atau ketik Pautkan Ke Slaid dan pilih nombor slaid.
Halaman web: Masukkan halaman web dalam pelayar. Dalam medan Pautan, masukkan URL halaman web. Untuk pautan teks, dalam medan Paparan, masukkan teks yang anda mahu pembaca lihat. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menunjukkan nama domain dan bukan seluruh alamat web.
E-mel: Membuka mesej e-mel yang dipraalamatkan dengan alamat yang anda berikan dalam medan Kepada. Untuk pautan teks, dalam medan Paparan, masukkan teks yang anda mahu pembaca lihat. Sebagai contoh, anda mungkin mahu tunjukkan nama penerima dan bukan seluruh alamat e-mel. Masukkan subjek dalam medan Subjek atau biarkan kosong.
Keluar daripada tayangan slaid: Tamatkan tayangan slaid.
Untuk mengesahkan destinasi, ketik Kembali, kemudian ketik butang Pergi ke Slaid, Buka Pautan, atau Karang E-mel.
Jika anda tidak perlu mengesahkan pautan, ketik slaid untuk menutup kawalan.
Teks yang dipautkan mempunyai garis bawah dan ikon pautan (nampak seperti anak panah melengkung) muncul bersebelahan objek yang dipautkan. Ikon tersebut tidak ditunjukkan apabila anda memainkan pembentangan anda.
Edit atau nyahaktifkan pautan
Ketik teks dipautkan atau ikon pautan pada objek dipautkan.
Jika pautan dalam sel jadual, ketik sel jadual terlebih dahulu, kemudian ketik ikon pautan.
Dalam editor pautan, ketik Seting Pautan.
Buat perubahan anda atau ketik Keluarkan Pautan.
Apabila anda mengeluarkan pautan, teks pautan dikekalkan, tetapi pemformatan pautan dikeluarkan dan pautan tidak lagi aktif.
Apabila anda selesai, ketik slaid untuk menutup Seting Pautan.
Nyahaktifkan pemformatan automatik untuk pautan
Jika anda tidak mahu Keynote memformatkan URL halaman web dan alamat e-mel sebagai teks aktif, anda boleh menyahaktifkan pemformatan automatik.
Ketik di bahagian atas skrin.
Ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Nyahaktifkan Gunakan Gaya Pautan.
Pautan tidak lagi akan kelihatan seperti pautan tetapi masih aktif kecuali jika anda juga menyahaktifkan Kesan Auto Pautan.
Seting ini digunakan ke teks baru yang anda masukkan dalam semua pembentangan Keynote. Pautan sedia ada tidak dipengaruhi oleh perubahan tersebut.
Anda boleh menyediakan tayangan slaid anda sebagai pembentangan interaktif yang menukar slaid apabila penonton mengetik pautannya. Pembentangan interaktif pautan sahaja berguna terutamanya dalam aturan kiosk.