Formatkan pembentangan untuk bahasa lain dalam Keynote pada iPad
Bahasa dan rantau pembentangan menentukan konvensyen pemformatan teks—contohnya, sama ada koma atau noktah digunakan sebagai titik desimal, simbol mata wang yang digunakan, tempat untuk sengkang perkataan di pemisah baris dan cara tarikh diwakili (hari/bulan/tahun atau bulan/hari/tahun).
Anda boleh mencipta pembentangan yang menggunakan pemformatan bahasa berlainan selagi anda mempunyai lebih daripada satu sumber input (contohnya, papan kekunci kedua) ditambah dalam Seting.
Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain
Untuk menggunakan bahasa lain dalam pembentangan anda, sediakan dahulu sumber input (contohnya, papan kekunci atau palet aksara yang khusus bahasa) untuk bahasa.
Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik Umum.
Ketik Papan Kekunci, ketik Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian ketik papan kekunci yang anda mahu gunakan.
Untuk mengetahui cara menggunakan bahasa dan papan kekunci berlainan, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Jika Keynote terbuka, keluar Keynote dan buka semula agar ia mengenali sumber tersebut.
Untuk bertukar kepada sumber input lain, tekan dan tahan di bahagian bawah papan kekunci, kemudian pilih input yang anda mahukan.
Jika anda bertukar kepada bahasa yang ditulis dalam arah berlainan daripada bahasa semasa, titik sisipan bergerak ke sisi slaid yang digunakan oleh bahasa baru. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik sisipan bergerak ke sebelah kanan slaid.
Cipta pembentangan dengan pemformatan bahasa berlainan
Dengan pengurus pembentangan dalam paparan layar, ketik di bahagian atas skrin.
Ketik bahasa di penjuru atas kanan pemilih tema, kemudian pilih bahasa lain.
Ketik tema pembentangan.
Apabila anda memilih bahasa baru, tajuk dan teks tema sesetengah daripada kawalan pemformatan bertukar untuk menggambarkan bahasa itu.
Apabila anda melihat pembentangan yang menggunakan bahasa dan pemformatan berbeza daripada yang digunakan peranti anda, mesej berdekatan bawah pembentangan menunjukkan jenis pemformatan yang digunakan. Untuk melihat contoh format berlainan, ketik bahasa dalam mesej.
Tukar bahasa dan pemformatan pembentangan
Selepas anda mencipta pembentangan, anda boleh menukar seting bahasanya semasa pembentangan dibuka.
Nota: Anda tidak boleh mengubah seting ini untuk pembentangan dikongsi.
Ketik , kemudian ketik Bahasa & Rantau.
Anda mungkin perlu meleret ke atas dalam kawalan untuk melihat Bahasa & Rantau.
Ketik Bahasa dan pilih bahasa baru.
Jika anda pilih item pertama dalam menu timbul Bahasa ([ Bahasa] sistem), anda reset pembentangan ke bahasa dan rantau peranti anda. Jika anda seterusnya menukar seting bahasa peranti anda atau jika anda membuka pembentangan pada peranti dengan seting bahasa berlainan, bahasa dan rantau pembentangan bertukar secara automatik mengikut peranti tersebut. Tetapi jika anda berkongsi pembentangan, semua pengguna melihat pembentangan dalam bahasa dan rantau anda.
Ketik Rantau (jika ia aktif) dan pilih rantau.
Ketik Selesai.
Selepas anda menukar bahasa dan rantau pembentangan, sebarang data jadual dan carta baru anda masukkan sepadan dengan seting baru. Untuk data jadual dan carta sedia ada, bahasa dalam tarikh (sebagai contoh, nama bulan) bertukar, tetapi tanda baca dalam tarikh dan tertib hari, bulan dan tahun tidak bertukar. Tanda baca dalam nombor (sebagai contoh, titik desimal dan pemisah ribu) bertukar.