Jika app yang tidak ditandatangani meminta akses kepada rantai kunci anda pada Mac
Jika app tidak ditandatangani, adalah tidak mungkin untuk mengesahkan kesahihannya dengan selamat atau kesahihan sebarang kemas kini padanya. Apabila anda membuka app tidak ditandatangani, Akses Rantai Kunci meminta kebenaran anda untuk memberikan kata laluan kepada app.
Pilih salah satu daripada yang berikut, kemudian masukkan kata laluan anda:
Benarkan: Memberikan akses masa ini sahaja. Anda ditanya lagi kali seterusnya app memerlukan kata laluan.
Selalu Benarkan: Benarkan app memperoleh kata laluan daripada rantai kunci anda tanpa sebarang keizinan atau notis selanjutnya daripada anda. Oleh kerana kesahihan app tidak dapat disahkan, jika anda memilih pilihan ini ada kemungkinan app lain akan mendapat akses dengan meniru sebagai app ini.
Tolak: Mengelakkan app daripada memperoleh kata laluan daripada rantai kunci anda. Anda perlu masukkan kata laluan secara manual.