Cipta keutamaan identiti dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Sesetengah tapak web selamat atau pelayan e-mel mungkin memerlukan anda menggunakan sijil klien untuk mengenal pasti diri anda sebagai sebahagian daripada keselamatan log masuk mereka. Jika anda menggunakan berbilang sijil klien, anda boleh mencipta keutamaan identiti yang menentukan sijil untuk digunakan apabila anda log masuk supaya anda tidak perlu memilihnya setiap kali.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Cipta keutamaan identiti baru
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Sijil Saya dalam senarai Kategori.
Pilih sijil identiti yang anda mahu gunakan, kemudian pilih Fail > Keutamaan Identiti Baru.
Dalam medan Lokasi atau Alamat E-mel, masukkan lokasi (domain kad bebas) atau alamat e-mel yang memerlukan sijil.
Klik Tambah.
Untuk menyemak keutamaan identiti yang anda telah cipta, klik tajuk lajur Jenis semasa anda melihat sijil anda, kemudian cari “keutamaan identiti” dalam lajur Jenis.
Nota: Apabila anda mencipta keutamaan identiti untuk tapak web dalam app, keutamaan identiti tersebut hanya tersedia dalam app tersebut. Jika anda mengakses tapak web tersebut dalam app yang berlainan kemudian, anda mesti mencipta keutamaan identiti berasingan untuk tapak web tersebut yang khusus untuk app. Dalam Akses Rantai Kunci, keutamaan identiti menunjukkan pengecam yang menandakan tempat identiti dicipta.
Keluarkan keutamaan identiti
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Semua Item dalam senarai Kategori.
Klik tajuk lajur Jenis untuk mengisih semua item mengikut jenis, kemudian skrol ke bawah sehingga anda melihat keutamaan identiti anda disenaraikan.
Pilih keutamaan identiti dan tekan Delete, kemudian klik Padam.