Tukar keutamaan Lanjutan dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Lanjutan daripada keutamaan iTunes untuk mengesetkan dan menyusun folder iTunes Media anda, pilih cara untuk menunjukkan Pemain Mini dan tetingkap filem dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi folder iTunes Media | Pilih lokasi folder iTunes Media, tempat lagu dan fail yang anda import ke dalam iTunes disimpan.
| ||||||||||
Pastikan Folder iTunes Media tersusun | Alihkan muzik yang diimport secara automatik ke dalam folder untuk album dan artis. | ||||||||||
Salin fail ke folder iTunes Media apabila menambah pada pustaka | Salin item ke folder iTunes Media apabila anda menyeret item ke tetingkap iTunes atau pilih Fail > Tambah Fail ke Pustaka. Lihat Salin item ke folder iTunes anda apabila anda menambahnya pada pustaka iTunes anda. | ||||||||||
Kongsi XML Pustaka iTunes dengan aplikasi lain | Benarkan aplikasi lain untuk mengakses pustaka iTunes anda. | ||||||||||
Reset semua amaran dialog | Reset atau benarkan amaran dialog (tetingkap kecil dengan mesej di dalamnya) untuk kelihatan. Pilihan ini hanya boleh digunakan jika anda memilih “Jangan tunjukkan mesej ini lagi” dalam satu atau lebih dialog. | ||||||||||
Reset cache iTunes Store | Reset cache iTunes Store (lokasi sementara tempat komputer anda menyimpan halaman iTunes Store yang anda lawati). Jika anda kembali ke halaman tersebut kemudian, iTunes boleh mengambil halaman daripada cache lebih pantas daripada mendapatkannya daripada internet. Pilihan ini hanya boleh digunakan apabila kandungan pada halaman kelihatan telah lapuk atau jika halaman tidak dibuka dengan betul. | ||||||||||
Reset pengecam podcast | Reset pengecam podcast untuk mengambil versi terkini. Pilihan ini hanya boleh digunakan apabila kandungan dalam Podcast kelihatan telah lapuk. | ||||||||||
Maklumkan saya jika iTunes bukan pemain lalai untuk fail audio | Paparkan amaran jika aplikasi selain iTunes menjadi pemain audio lalai. | ||||||||||
Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain | Kekalkan Pemain Mini di bahagian depan semua tetingkap yang terbuka, walaupun semasa anda menggunakan aplikasi selain daripada iTunes. | ||||||||||
Letakkan tetingkap filem di atas semua tetingkap lain | Kekalkan tetingkap filem (semasa memainkan filem) di bahagian depan semua tetingkap yang terbuka, walaupun semasa anda menggunakan aplikasi selain daripada iTunes. | ||||||||||
Tunjukkan ikon iTunes dalam dulang sistem | Paparkan ikon iTunes dalam kawasan pemberitahuan pada bar tugas Windows. | ||||||||||
Minimumkan tetingkap iTunes ke dulang sistem | Minimumkan tetingkap iTunes ke kawasan pemberitahuan. Pilihan ini hanya tersedia apabila anda menunjukkan ikon iTunes dalam dulang sistem. | ||||||||||
Dayakan navigasi papan kekunci penuh | Kawal iTunes menggunakan papan kekunci anda, walaupun iTunes tidak berada dalam tetingkap aktif. | ||||||||||
Semak untuk kemas kini perisian baharu secara automatik | Paparkan mesej apabila versi baharu iTunes tersedia. Pilihan ini tidak tersedia jika anda memasang iTunes daripada Microsoft Store. Lihat Kemas Kini iTunes. | ||||||||||
Hantar data diagnostik & penggunaan kepada Apple | Berikan kebenaran anda untuk mengumpul dan menganalisis maklumat diagnostik dan penggunaan daripada peranti anda. Lihat Hantar maklumat diagnostik dan penggunaan iPhone, iPad atau iPod touch anda kepada Apple. |