Nilai lagu dan kandungan lain dalam iTunes pada PC
Anda boleh memberi penilaian—dari satu hingga lima bintang—pada lagu, album, video, podcast atau item lain untuk menunjukkan sejauh manakah anda menyukainya. Anda boleh menggunakan penilaian untuk membantu mencipta senarai main secara automatik atau mengisih dan melayari pustaka iTunes anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan penilaian
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih pilihan (Muzik, Filem atau Rancangan TV) daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik, Filem atau Rancangan TV dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music atau app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows atau Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Bergantung pada pilihan yang anda ambil di atas, klik Lagu, Filem, atau Episod dalam bar sisi.
Pilih Lihat > Tunjukkan Pilihan Paparan, kemudian pilih Penilaian. Jika kotak semak dipilih, penilaian diaktifkan.
Anda juga boleh memilih Penilaian Album untuk mengaktifkan penilaian album; penilaian album dikira dengan menggabungkan semua penilaian lagu individu.
Beri penilaian kepada item
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih pilihan (Muzik, Filem atau Rancangan TV) daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik, Filem atau Rancangan TV dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music atau app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows atau Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Bergantung pada pilihan yang anda ambil di atas, klik Lagu, Filem, atau Episod dalam bar sisi.
Pilih item yang anda mahu nilaikan, kemudian klik atau seret dalam lajur penilaian untuk menambah atau mengeluarkan bintang.