Masukkan dan lihat lirik dalam iTunes pada PC
Apabila anda melanggan Apple Music, anda boleh menlihat lirik untuk lagu yang sedang dimainkan, apabila tersedia.
Untuk lagu lain, anda boleh memasukkan lirik dalam iTunes dan melihatnya pada bila-bila masa. Anda tidak boleh menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti WAV.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Lihat lirik lagu untuk lagu yang sedang dimainkan
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Klik , kemudian klik Lirik.
Masukkan lirik lagu
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Klik kanan lagu, kemudian pilih Info Lagu.
Klik Lirik, kemudian pilih Lirik Tersuai di bahagian bawah tetingkap.
Masukkan perkataan ke dalam lagu, kemudian klik OK.
Untuk menyelaraskan lirik tersuai merentas peranti, anda memerlukan langganan Apple Music atau iTunes Match.