Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Laraskan kecerahan dan warna skrin iPad
Pada iPad, malapkan skrin untuk melanjutkan hayat bateri dan gunakan Night Shift untuk menukar warna paparan anda ke warna panas spektrum pada waktu malam supaya skrin anda lebih selesa dipandang. Pada model yang disokong, gunakan True Tone untuk menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya di persekitaran anda.
Laraskan kecerahan skrin secara manual
Untuk menjadikan skrin iPad anda lebih malap atau cerah, lakukan satu daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, kemudian seret .
Pergi ke Seting > Paparan & Kecerahan, kemudian seret gelangsar.
Laraskan kecerahan skrin secara automatik
iPad melaraskan kecerahan skrin untuk keadaan cahaya semasa menggunakan sensor cahaya ambien terbina dalam.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian.
Ketik Penyesuaian Paparan, kemudian aktifkan Kecerahan Auto.
Aktifkan atau nyahaktifkan True Tone
Pada model yang disokong, aktifkan True Tone untuk menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya di persekitaran anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan , kemudian ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan True Tone.
Pergi ke Seting > Paparan & Kecerahan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan True Tone.
Jadualkan Night Shift untuk aktif atau nyahaktif secara automatik
Gunakan Night Shift untuk menukar warna paparan anda ke warna panas spektrum pada waktu malam supaya skrin anda lebih selesa dipandang.
Pergi ke Seting > Paparan & Kecerahan > Night Shift.
Aktifkan Dijadualkan.
Untuk melaraskan keseimbangan warna untuk Night Shift, seret gelangsar di bawah Suhu Warna ke penghujung lebih panas atau lebih sejuk pada spektrum.
Ketik Dari, kemudian pilih sama ada Matahari Terbenam hingga Terbit atau Jadual Tersuai.
Jika anda memilih Jadual Tersuai, ketik pilihan untuk menjadualkan masa yang anda mahu Night Shift aktif atau nyahaktif.
Jika anda memilih Matahari Terbenam hingga Terbit, iPad menggunakan data daripada jam dan lokasi geo anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda.
Nota: Anda tidak akan melihat pilihan untuk mengaktifkan Night Shift daripada matahari terbenam hingga terbit jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Seting > Privasi, atau jika anda menyahaktifkan Seting Zon Waktu dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.
Aktifkan atau nyahaktifkan Night Shift secara manual
Anda boleh mengaktifkan Night Shift secara manual, yang membantu apabila anda dalam bilik gelap semasa siang hari.
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan , kemudian ketik .