Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Hidupkan dan sediakan iPad
Hidupkan dan sediakan iPad baru anda melalui rangkaian Wi-Fi. Anda juga boleh menyediakan iPad dengan menyambungkannya ke komputer anda dan menggunakan iTunes. Jika anda mempunyai peranti iOS lain (dengan iOS 11 atau lebih baru) atau peranti Android, anda boleh menyalin data anda ke peranti baru anda.
Nota: Jika iPad anda diberikan atau diuruskan oleh syarikat, sekolah atau organisasi lain, jumpa pentadbir atau guru untuk arahan persediaan. Untuk mendapatkan maklumat umum, lihat tapak web Apple di Tempat Kerja atau tapak web Pendidikan.
Sediakan untuk persediaan
Untuk menjadikan persediaan selancar mungkin, pastikan anda mempunyai item ini:
Sambungan Internet melalui rangkaian Wi-Fi (anda mungkin memerlukan nama dan kata laluan rangkaian) atau perkhidmatan data selular melalui pembawa (model Wi-Fi + Cellular)
Apple ID dan kata laluan anda; jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan
Maklumat kad kredit atau debit anda, jika anda mahu menambah kad ke Apple Pay semasa persediaan pada model yang disokong
iPad lama anda atau data sandarannya, jika anda menaik taraf ke peranti baru
Peranti Android anda, jika anda mahu berpindah daripada peranti Android ke iPad
Hidupkan dan sediakan iPad anda
Tekan dan tahan butang atas sehingga logo Apple muncul.
Jika iPad tidak hidup, anda mungkin perlu mengecas bateri. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone, iPad, atau iPod touch anda tidak dapat dihidupkan atau beku.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda mempunyai iPhone, iPad, atau iPod touch dengan iOS 11 atau lebih baru, anda boleh menggunakannya untuk menyediakan peranti baru anda dengan Mula Cepat. Letakkan dua peranti dekat bersama, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyalin kebanyakan seting, keutamaan dan Rantai Kunci iCloud anda dengan selamat.
Jika anda tidak mempunyai peranti iOS lain, ketik Sediakan Secara Manual, kemudian ikuti arahan persediaan atas skrin.
Berpindah daripada peranti Android kepada iPad
Apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, anda boleh memindahkan data anda daripada peranti Android secara automatik dan selamat.
Nota: Anda boleh menggunakan app Pindah ke iOS hanya apabila anda menyediakan iPad kali pertama. Jika anda telah menyelesaikan persediaan dan mahu menggunakan Pindah ke iOS, anda perlu padamkan peranti iOS anda dan mulakan semula, atau pindahkan data anda secara manual. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan kandungan secara manual daripada peranti Android anda ke peranti iOS anda.
Pada peranti dengan Andoid versi 4.0 atau lebih baru, lihat artikel Sokongan Apple Pindah daripada Android kepada iPhone, iPad, atau iPod touch dan muat turun app Pindah ke iOS.
Pada iPad anda:
Ikuti pembantu persediaan.
Pada skrin App & Data, ketik Pindahkan Data daripada Android.
Pada peranti Android:
Aktifkan Wi-Fi.
Buka app Pindah ke iOS.
Ikuti arahan atas skrin.
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting untuk iPad sebelum menggunakan iPad.