Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Tukar seting VoiceOver anda pada iPad
Anda boleh menyesuaikan seting untuk VoiceOver, seperti pilihan audio, bahasa, suara, kadar sebutan dan bahasa berjela.
Laraskan kelantangan dan seting audio lain VoiceOver
Untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan, tekan butang kelantangan pada iPad.
Untuk mengesetkan pilihan audio lain, pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Audio, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan Senyapkan Kesan Bunyi.
Aktifkan Peredaman Audio untuk mengurangkan kelantangan main balik buat sementara apabila VoiceOver menyebut.
Laraskan pilihan penghalaan audio apabila anda menyambungkan peranti tambahan, seperti amplifier instrumen atau pencampur DJ.
Setkan bahasa VoiceOver
VoiceOver menggunakan bahasa sama yang anda pilih untuk iPad anda. Sebutan VoiceOver bagi sesetengah bahasa dipengaruhi oleh Format Rantau yang anda pilih.
Pergi ke Seting > Umum > Bahasa & Rantau.
Ketik Bahasa iPad, kemudian pilih bahasa.
Laraskan suara percakapan
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kadar percakapan: Seret gelangsar Kadar Percakapan.
Pilih suara: Ketik Pertuturan, kemudian pilih suara. Untuk memuat turun suara dipertingkatkan, ketik .
Laraskan pic: Ketik Pertuturan, kemudian seret gelangsar. Anda juga boleh mengaktifkan Guna Perubahan Nada untuk membuatkan VoiceOver menggunakan pic yang lebih tinggi apabila menyebut item pertama dalam kumpulan (seperti senarai atau jadual) dan pic yang lebih rendah apabila menyebut item terakhir dalam kumpulan.
Tentukan sebutan perkataan tertentu: Ketik Pertuturan, ketik Sebutan, ketik , masukkan frasa, kemudian rencanakan atau eja cara anda mahu frasa disebut.
Nota: Anda boleh merencanakan hanya jika anda telah mengaktifkan Dayakan Perencanaan dalam Seting > Umum > Papan Kekunci.
Setkan perkara yang VoiceOver beritahu anda
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan paras butiran: Ketik Bahasa Berjela, kemudian pilih pilihan untuk membuat VoiceOver menyebut pembayang, tanda baca, huruf besar, pautan terbenam dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh mengesahkan tindakan rotor.
Dayakan pemberitahuan dituturkan: Aktifkan Sentiasa Sebut Pemberitahuan untuk membuat VoiceOver membaca pemberitahuan, termasuk mesej teks masuk semasa ia berlaku, walaupun jika iPad dikunci. Pemberitahuan yang tidak disemak diulangi apabila anda membuka kunci iPad.
Paparkan kursor VoiceOver yang lebih besar
Kursor VoiceOver adalah garis luar hitam di sekeliling item dipilih. Jika anda menghadapi masalah melihat kursor, anda boleh besarkan dan tebalkan garis luar.
Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver.
Aktifkan Kursor Besar.