Kad memori dan kabel yang digunakan dengan iMovie pada Mac
Untuk mengimport media daripada peranti rakaman anda ke Mac anda, anda perlu mengeluarkan kad memori daripada peranti anda dan memasukkannya ke dalam sama ada Mac anda atau pembaca kad memori anda. Anda juga boleh menyambungkan peranti anda terus ke Mac anda menggunakan kabel yang sesuai. Kemudian anda boleh mengimport media pada kad memori atau peranti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Import ke dalam iMovie pada Mac daripada kamera berasaskan fail.
Kad memori
Banyak kamkorder dan peranti berasaskan fail merakam media pada kad memori boleh dialih keluar. Anda boleh menyambungkan pembaca kad ke Mac anda dan memindahkan kandungan kad memori ke Mac anda. Sesetengah komputer Mac menampilkan slot kad SD (Digital Selamat) atau SDXC (SD kapasiti ditingkatkan) yang membolehkan komputer membaca dan menulis data pada media SD yang dimasukkan dalam slot. Jika Mac anda mempunyai slot kad, anda boleh mengeluarkan kad daripada kamera, memasukkan kad ke dalam Mac anda dan kemudian mengimport fail.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Perihal slot kad SD dan SDXC.
Kabel dan peranti
Anda juga boleh menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan sambungan Thunderbolt, USB atau FireWire. Jenis kabel yang anda perlukan bergantung pada jenis peranti yang anda gunakan:
Peranti Thunderbolt: Peranti yang menggunakan teknologi Thunderbolt I/O menggunakan penyambung yang dipasang ke dalam port output Thunderbolt atau Mini DisplayPort pada Mac anda dan kelihatan seperti penyambung di bawah.
Peranti USB: Anda menggunakan kabel USB untuk kamkorder berasaskan fail, kamera foto digital yang merakam video dan iPad, iPhone dan iPod touch. Kabel USB tersebut mungkin mempunyai penyambung Jenis-A yang dipasang pada Mac anda (di bahagian atas dalam ilustrasi di bawah). Hujung lain kabel USB mungkin mempunyai penyambung Jenis-B, yang dipasang pada peranti rakaman anda (di bahagian tengah dalam ilustrasi di bawah). Kamkorder lebih baru mungkin menggunakan kabel USB dengan penyambung Jenis-C pada kedua-dua hujung (di bahagian bawah dalam ilustrasi di bawah).
Peranti FireWire: Untuk kebanyakan kamkorder yang merakam pada pita, anda perlu menggunakan kabel FireWire dengan penyambung 6 pin di satu hujung yang bersambung ke Mac anda (di bahagian atas dalam ilustrasi di bawah) dan penyambung 4 pin pada hujung satu lagi yang dipasang pada kamkorder anda (di bahagian bawah dalam ilustrasi di bawah).
Atau anda mungkin mempunyai kabel FireWire 800 dengan hujung berlainan yang dipasang ke dalam kamkorder atau Mac anda.