Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/65B03860257650E6F0091517/65B03864257650E6F0091523/ms_MY/094c3a02ad8c229f3a7c100e7f6ceb18.png)
Pratonton projek anda dalam iMovie pada iPhone
Selepas anda mencipta projek, anda boleh pratonton projek dalam skrin penuh atau dalam pemapar.
![Butang Main dan butang Skrin Penuh di bawah klip dalam pemapar.](https://help.apple.com/assets/65B03860257650E6F0091517/65B03864257650E6F0091523/ms_MY/24b975a625923c66f41f3db98cdaa4f8.png)
Dalam app iMovie
pada iPhone anda, buka Filem Ajaib, projek papan cerita, atau projek filem.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Mainkan filem dalam pemapar: Ketik butang Main
di bawah pemapar.
Mainkan filem dalam skrin penuh: Dalam projek Filem Ajaib atau papan cerita, ketik butang Skrin Penuh
di bawah pemapar. Dalam projek filem, ketik Selesai, kemudian ketik butang Mainkan Skrin Penuh
.