Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pengenalan kepada treler dalam iMovie pada iPhone
Anda boleh menggunakan templat yang disertakan dengan papan cerita Treler untuk mencipta treler filem gaya Hollywood dalam genre pilihan anda. Selepas anda mencipta projek papan cerita dan memilih templat treler, anda boleh menyesuaikan treler anda dengan menambah tajuk, menambah video dan foto, serta memperincikan video anda untuk menangkap rupa dan suasana treler filem.