Tambah tajuk ke filem dalam iMovie pada iPhone
iMovie datang dengan pilihan tajuk beranimasi yang anda boleh tambah kepada sebarang klip video, foto, atau latar belakang dalam projek anda. Selepas anda menambah tajuk, anda boleh menyesuaikannya dengan mengedit teks, menukar warna, saiz, atau fonnya dan banyak lagi.
Tambah tajuk
Dengan projek anda terbuka, ketik klip video atau foto dalam garis masa untuk mendedahkan pemeriksa di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Tajuk .
Ketik untuk memilih tajuk.
Untuk menyahaktifkan tajuk, ketik Tiada.
Untuk menukar tempat tajuk muncul atas skrin, ketik tajuk sampel dalam pemapar, kemudian seret tajuk ke tempat yang anda mahu tajuk muncul.
Untuk mengedit tajuk, ketik tajuk sampel, ketik Edit, kemudian taipkan tajuk baharu.
Ketik Selesai pada papan kekunci.
Nota: Bergantung pada tema yang anda gunakan pada projek anda, lokasi yang foto atau klip video dirakam (contohnya, "Golden Gate Bridge" atau "San Francisco") mungkin muncul di bawah tajuk. Untuk menukar nama lokasi, lihat Tukar maklumat lokasi dalam iMovie pada iPhone.
Foto atau klip video dengan tajuk muncul dalam garis masa, dengan ikon T di penjuru kiri atas.
Edit kedudukan, saiz dan teks tajuk
Dengan projek anda terbuka, skrol garis masa sehingga tajuk yang anda ingin edit muncul dalam pemapar.
Ketik tajuk dalam pemapar, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tempatkan semula tajuk: Seretnya ke kedudukan baharu.
Saiz semula tajuk: Cubit tajuk untuk meningkatkan atau menurunkan saiznya.
Edit teks: Taipkan teks baharu, kemudian ketik Selesai pada papan kekunci.
Tukar kepada tajuk yang berbeza
Dengan projek anda terbuka, ketik klip video dalam garis masa untuk mendedahkan pemeriksa di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Tajuk , kemudian ketik tajuk berbeza untuk mempratontonnya dalam pemapar.
Ketik di luar pilihan tajuk untuk menutupnya.
Formatkan teks tajuk
Dengan projek anda dibuka, skrol garis masa sehingga tajuk yang anda mahu sesuaikan muncul dalam pemapar.
Ketik klip video pada kedudukan penunjuk main, kemudian ketik butang Tajuk .
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar fon tajuk: Ketik butang Fon , kemudian ketik fon.
Tukar warna tajuk: Ketik butang Warna , kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.
Setkan kedudukan tajuk: Ketik Gaya, ketik Lalai atau Sepertiga Bawah, kemudian ketik Pilihan.
Tajuk sepertiga bawah kelihatan di bahagian bawah skrin dan mengandungi maklumat yang berkaitan dengan imej video, seperti nama orang yang sedang ditemu ramah.
Seting Lalai meletakkan tajuk di kedudukan lalainya dan Sepertiga Bawah meletakkan tajuk ke arah bahagian bawah pemapar. Memilih salah satu pilihan mungkin menukar saiz tajuk.
Tukar gaya tajuk tema: Ketik butang Pilihan Lanjut , ketik Gaya, ketik Pembukaan, Tengah, atau Penutup, kemudian ketik Pilihan.
Tajuk tema direka bentuk untuk digunakan pada permulaan projek, pada sebarang klip dalam projek, atau pada penghujung projek. Ketik untuk memilih gaya tajuk tema baharu.
Tambahkan bayangan teks: Ketik butang Pilihan Lanjut , kemudian ketik untuk mengaktifkan Bayang Teks.
Jadikan semua tajuk huruf besar: Ketik butang Pilihan Lanjut , kemudian ketik untuk mengaktifkan Huruf Besar.
Jadikan tajuk kelihatan di atas keseluruhan klip: Ketik butang Pilihan Lanjut , kemudian ketik untuk mengaktifkan Tempoh Klip Penuh.
Apabila anda selesai, ketik butang Tutup .
Keluarkan tajuk
Dengan projek anda terbuka, ketik klip video dalam garis masa untuk mendedahkan pemeriksa di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Tajuk , kemudian ketik Tiada dalam pilihan tajuk yang muncul.
Ketik di luar pilihan tajuk untuk menutupnya.
Aktifkan kesan bunyi untuk tajuk
Sesetengah gaya tajuk dalam iMovie datang dengan kesan bunyi untuk meningkatkan penampilan tajuk. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan kesan bunyi (secara lalai, kesan bunyi dinyahaktifkan).
Dengan projek anda dibuka, ketik klip video dalam garis masa yang mempunyai gaya tajuk dengan kesan bunyi.
Pemeriksa kelihatan di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Tajuk , kemudian ketik butang Pilihan Lanjut .
Ketik untuk mengaktifkan Kesan Bunyi.
Pilihan Kesan Bunyi hanya muncul jika gaya tajuk menyertakan kesan bunyi.
Untuk mendengar kesan bunyi, skrol garis masa untuk menempatkan penunjuk main sebelum transisi dan ketik butang Main dalam pemapar.
Ketik di luar pemeriksa untuk menutupnya.