Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pengenalan kepada projek filem dalam iMovie pada iPhone
Selepas anda mencipta projek filem, anda boleh menyusun klip video dan foto, menambah muzik dan kesan bunyi, menambah latar belakang, merakam suara latar, melaraskan video mod Sinematik dan juga menggunakan penapis atau tema supaya kelihatan profesional.
Garis masa ialah tempat semua klip video dan foto anda kelihatan sebagai imej kecil dalam jujukan di bawah pemapar. Anda boleh memilih klip dalam garis masa untuk mengeditnya. Projek filem menawarkan pilihan penuh alat pengeditan garis masa yang berkuasa dalam iMovie.
Petua: Jika anda mencipta video muzik, anda boleh menambah muzik pada projek anda dahulu agar anda boleh menjajarkan klip video padanya. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPhone.