Tambah atau edit senarai dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh menambahkan senarai semak, senarai berbulet, senarai bersempang dan senarai bernombor ke nota. Anda juga boleh menukar baris sedia ada menjadi item senarai.
Cipta senarai diformatkan
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Ketik baris kosong, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah senarai berbulet: Taip asterisk diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bersempang: Taip tanda sempang diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bernombor: Taip angka 1 dan noktah diikuti dengan ruang.
Anda juga boleh mengetik , kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang atau Senarai Bernombor.
Tukar baris sedia ada ke senarai yang telah diformat
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Pilih baris yang ingin ditukar menjadi senarai, ketik dalam bar alat Nota, kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang atau Senarai Bernombor.
Cipta senarai semak
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah senarai semak: Ketik baris kosong, kemudian ketik dalam bar alat Nota.
Tukar baris sedia ada kepada senarai semak: Pilih baris, kemudian ketik dalam bar alat Nota.
Untuk menandakan tugasan dalam senarai semak sebagai selesai, ketik bulatan kosong di sebelah tugasan.
Tambah item senarai baharu atau tamatkan senarai
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi senarai.
Jika anda tidak melihat senarai nota, lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah item senarai: Ketik di mana sahaja dalam senarai, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Tamatkan senarai dan tambahkan perenggan biasa: Ketik pada hujung item senarai yang terakhir, kemudian ketik kekunci Return atau Enter sebanyak dua kali.