Padamkan fail atau folder yang dikongsi dalam iCloud Drive di iCloud.com
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih fail atau folder yang anda ingin padamkan.
Ketik dalam bar alat iCloud Drive dan sahkan bahawa anda ingin memadamkan fail atau folder.
Salah satu perkara berikut berlaku:
Jika anda pemilik: Fail atau folder dikeluarkan dari peranti semua orang yang kongsikannya. Anda boleh memulihkan fail yang dipadam di iCloud.com.
Jika anda seorang peserta yang boleh menukar fail yang dikongsi: Memadamkan fail atau folder daripada dalam folder yang dikongsi akan memadamnya dari peranti semua orang. Memadamkan folder yang dikongsi membuangnya dari peranti anda, tetapi tidak mengeluarkannya dari peranti pemilik atau peserta lain. Anda boleh mengakses fail atau folder semula dengan mengetik pautan asal yang dikongsi oleh pemilik, melainkan pemilik fail berhenti berkongsi fail atau folder.