Kongsi fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh berkongsi fail dan folder dalam iCloud Drive supaya orang lain boleh melihat dan mengedit fail dan folder tersebut. Anda juga boleh membenarkan peserta menambahkan orang ke fail atau folder. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan pemilik dan peserta, lihat Apakah yang boleh anda lakukan dalam fail atau folder kongsi di iCloud.com?
Nota: Anda boleh melihat fail Pages, Numbers dan Keynote dikongsi pada iPad tetapi anda tidak dapat mengeditnya.
Kongsi fail dan folder
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , pilih fail atau folder yang anda ingin kongsi, kemudian ketik .
Tambahkan alamat e-mel orang yang ingin anda kongsikan pautan. Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian pilih siapa yang boleh mengakses fail atau folder, siapa yang boleh membuat perubahan, dan jika peserta boleh menambahkan orang kepada fail atau folder tersebut.
Ketik Kongsi, dan apabila tetingkap baharu muncul dengan pautan untuk fail anda, salin pautan dan hantarkan pautan tersebut.
Penting: Pautan tidak dihantar secara automatik. Anda perlu menghantar pautan kepada orang yang ingin anda kongsikan fail atau folder.
Apabila anda berkongsi folder, hanya peserta yang boleh melihat fail dalam folder yang dikongsi. Untuk menjemput lebih ramai orang mengakses fail, anda mesti mengubah seting folder yang dikongsi. Anda tidak boleh memilih fail atau folder berasingan di dalam folder yang dikongsi dan menambah peserta kepadanya.
Urus perkongsian jika anda pemiliknya
Jika anda memiliki fail atau folder, anda boleh menguruskan peserta dan seting perkongsian.
Nota: Anda tidak boleh mengubah seting perkongsian untuk fail individu dalam folder yang dikongsi. Anda mesti mengubah seting folder.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih fail atau folder yang dikongsi.
Ketik , kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Ketik Tambah Orang atau Hantar Pautan.
Keluarkan peserta daripada item yang dikongsikan secara peribadi: Ketik nama peserta, kemudian ketik dan pilih Keluarkan Akses.
Edit pilihan perkongsian untuk peserta bagi item yang dikongsi secara peribadi: Ketik nama peserta, kemudian ketik dan pilih tahap akses (Boleh Buat Perubahan atau Lihat Sahaja).
Edit pilihan perkongsian untuk semua orang: Ketik Pilihan Perkongsian.
Salin pautan ke fail atau folder yang dikongsi: Ketik Salin Pautan.
Ketik Selesai.
Tambah atau keluarkan orang jika anda seorang peserta
Jika pemilik fail atau folder membenarkannya, peserta boleh menambahkan orang lain ke fail atau folder dikongsi. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh menguruskan seting perkongsian orang yang mereka tambah.
Peserta juga boleh mengeluarkan sesiapa kecuali pemiliknya.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih fail atau folder yang dikongsi.
Ketik , kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Ketik Tambah Orang atau Hantar Pautan.
Keluarkan peserta: Ketik nama orang, kemudian ketik dan pilih Keluarkan Akses.
Ketik Selesai.
Keluarkan diri anda daripada fail atau folder yang dikongsi
Jika anda merupakan seorang peserta, anda boleh mengeluarkan diri anda dari fail atau folder yang dikongsi.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih fail atau folder yang anda ingin diri anda dikeluarkan.
Ketik .
Ketik nama anda, kemudian ketik dan pilih Keluarkan Saya.
Berhenti berkongsi fail atau folder
Anda mestilah pemilik fail atau folder yang dikongsi untuk berhenti berkongsi fail atau folder itu.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik , kemudian pilih fail atau folder.
Ketik , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan semua peserta: Ketik Pililhan Perkongsian, kemudian klik Hentikan Perkongsian.
Berhenti berkongsi dengan hanya satu peserta: Ketik nama peserta, kemudian ketik dan pilih Keluarkan Akses.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadam folder yang dikongsi, peserta tidak boleh lagi melihat atau mengedit fail dalam folder.
Untuk berhenti berkongsi fail dalam folder yang dikongsi tanpa mengubah seting folder, anda boleh memindahkan fail ke folder yang anda tidak kongsikan.