Guna iCloud di web
Lihat kenalan, fail dan nota anda di iCloud.com. Semuanya selamat, terkini dan tersedia di mana‑mana sahaja anda berada.
Bekerjasama dengan mudah
Simpan dengan selamat fail anda dalam iCloud Drive supaya anda boleh berkongsi fail itu dengan rakan dan rakan sejawat.
Ambil nota
Gunakan Nota di iCloud.com untuk mencatat idea cepat atau menyimpan sesuatu yang penting untuk kemudian.
Dapatkan lagi ciri
Sediakan iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda untuk mendapatkan set penuh bagi ciri iCloud.
Untuk meneroka Panduan Pengguna iCloud, ketik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Jika anda perlukan bantuan lanjut, lawati laman web Sokongan iCloud.