Gunakan penggera, jam dan pemasa
HomePod boleh membangunkan anda dengan lagu kegemaran anda, menjejak berbilang pemasa dan banyak lagi.
Setkan penggera
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Kejutkan saya pada 5 pg”.
“Tidur”.
Tanya tentang masa
Ketahui masa semasa di lokasi anda atau di zon yang berbeza.
Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Pukul berapakah di Stockholm?”
Setkan pemasa
Siri: Minta Siri sesuatu seperti:
“Setkan pemasa 3 minit”.
“Setkan pemasa pasta untuk 8 minit”.
“Berapakah masa yang tinggal untuk pemasa pasta?”
“Jedakan pemasa latihan saya.” (Pemasa dipadam selepas 48 jam.)
“Pemasa apakah yang saya ada sedang berjalan?”
“Sambung pemasa latihan saya.”
“Berhenti”.
Anda boleh berhenti membunyikan penggera dan pemasa menggunakan Siri pada mana-mana HomePod, iPhone atau iPad anda, atau iPhone atau iPad ahli rumah anda. (Peranti perlu berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama untuk pengurusan Pemasa.)
Untuk mengetahui cara mengesetkan pemasa tidur untuk muzik dan podcast, lihat Main audio.