Maklumat keselamatan penting untuk HomePod
AMARAN: Sebelum menggunakan HomePod, baca maklumat keselamatan dan arahan operasi berikut. Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan lain pada HomePod atau harta lain.
Arahan keselamatan penting
Untuk menggunakan HomePod secara selamat, baca, ikut dan simpan arahan ini. Patuh semua amaran.
Jangan menggunakan HomePod berdekatan dengan air atau tempat yang berkemungkinan terdedah kepada air menitik atau memercik. Jauhkan HomePod daripada semua sumber cecair seperti minuman, singki, tab mandi, bilik mandi pancuran, kolam renang, spa dan sebagainya. Jangan meletakkan sebarang objek yang berisi air di atasnya. Jangan mendedahkan HomePod kepada kelembapan, atau cuaca lembap seperti hujan, salji, atau kabus.
Jangan menghalang sebarang pembukaan pengudaraan pada HomePod.
Pasang dan guna berpandukan arahan Apple.
Tanggalkan palam HomePod semasa ribut petir atau apabila tidak digunakan pada jangka masa yang lama.
Jangan menggunakan HomePod berdekatan sebarang sumber haba seperti radiator, jerejak haba, dapur atau radas lain (termasuk amplifier) yang menghasilkan haba. Jangan meletakkan nyalaan terbuka seperti lilin atau rokok yang dinyalakan di atas atau berdekatan HomePod.
Lindungi kabel kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutama sekali di penyesuai kuasa, bekalan mudah sampai dan titik tempat ia keluar daripada HomePod.
Hanya gunakan kelengkapan dan aksesori yang dinyatakan oleh Apple. Untuk HomePod (generasi ke-2), hanya gunakan kord kuasa yang dicadangkan oleh Apple.
Jangan mencuba untuk baiki atau servis HomePod sendiri. Rujuk semua khidmat servis kepada personel servis yang diiktiraf. Khidmat servis diperlukan apabila HomePod telah rosak dalam sebarang bentuk, seperti apabila kord kuasa atau palam telah rosak untuk HomePod (generasi pertama atau ke-2) atau apabila kabel kuasa atau penyambung telah rosak untuk HomePod mini, cecair telah tumpah atau objek telah jatuh ke atas HomePod, atau apabila HomePod telah didedahkan kepada hujan atau kelembapan, tidak beroperasi secara normal, atau telah terjatuh.
Semasa beroperasi, getaran speaker mungkin akan menyebabkan HomePod teralih. Pastikan HomePod tidak jatuh daripada permukaan pelekapnya. Jangan menggantung HomePod (generasi pertama dan ke-2) menggunakan kord kuasanya. Jangan menggantung HomePod mini menggunakan kabel kuasanya.
HomePod adalah untuk kegunaan dalaman sahaja.
HomePod mungkin mengalami kerosakan melalui penyimpanan atau pengendalian tidak cermat. Berhati-hati semasa mengalihkannya supaya tidak terjatuh.
Kuasa
(HomePod generasi pertama dan ke-2)HomePod tidak mempunyai suis hidup/mati. HomePod juga mungkin kelihatan tidak aktif dan terputus daripada sumber kuasanya apabila ia sebenarnya masih bersambung dan dalam keadaan bersedia. Untuk memutuskan sambungannya daripada kuasa, cabut palam kord kuasa. Pastikan palam utama kord kuasa sentiasa boleh diakses dengan mudah. Apabila menyambung atau memutuskannya, sentiasa pegang palam di sisinya. Jangan mencabut palam dengan menarik kord kuasa. Jauhkan jari daripada bahagian besi palam. Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutama sekali di palam, bekalan mudah sampai dan titik tempat ia keluar daripada HomePod.
(HomePod mini)Kuasakan HomePod mini dengan penyesuai kuasa USB yang disertakan; pastikan kabel dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai kuasa sebelum anda menyambungkan penyesuai ke dalam salur kuasa. Anda juga boleh mengecas HomePod mini dengan penyesuai kuasa pihak ketiga yang dinilaikan 20 W (9 V ⎓ 2.22 A) dan mematuhi USB 2.0 atau lebih baharu dan dengan peraturan negara yang berkenaan serta standard keselamatan antarabangsa dan serantau. Penyesuai lain mungkin tidak mematuhi standard keselamatan dan mengecas dengan penyesuai begitu boleh menyebabkan risiko kematian atau kecederaan.
Cahaya jingga yang berdenyar menunjukkan HomePod mini disambungkan ke penyesuai kuasa yang tidak dinilaikan 20 W (9 V ⎓ 2.22 A).
HomePod mini tidak mempunyai suis hidup/mati. HomePod mini juga mungkin kelihatan tak aktif dan terputus daripada sumber kuasa apabila ia masih bersambung dan dalam keadaan bersedia. Untuk memutuskan sambungannya daripada kuasa, cabut penyesuai kuasa. Pastikan penyesuai sentiasa boleh diakses. Apabila menyambung atau memutuskannya, sentiasa pegang penyesuai di sisinya. Jangan mencabut palam dengan menarik kabel kuasa. Jauhkan jari daripada bahagian besi palam. Lindungi kabel kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutama sekali di penyesuai kuasa, bekalan mudah sampai dan titik tempat ia keluar daripada HomePod mini. Menggunakan kabel atau penyesuai yang rosak, atau mengecas apabila wujud kelembapan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada HomePod mini atau harta benda lain. Apabila anda menggunakan penyesuai kuasa yang disertakan untuk mengecas HomePod mini, pastikan kabel kuasa dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai kuasa sebelum anda memasang penyesuai ke salur kuasa. Adalah penting untuk meletakkan HomePod mini dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya.
Penyesuai kuasa USB (HomePod mini)
Untuk mengendalikan penyesuai kuasa USB Apple secara selamat dan mengurangkan kemungkinan kecederaan atau kerosakan berkaitan haba, pasangkan penyesuai kuasa secara terus ke salur kuasa. Jangan gunakan penyesuai kuasa di lokasi yang basah, seperti berdekatan singki, tab mandi atau bilik mandi pancuran dan jangan sambung atau putuskan sambungan penyesuai kuasa dengan tangan yang basah. Berhenti menggunakan penyesuai dan kabel kuasa jika mana-mana daripada keadaan berikut berlaku:
Palam atau gigi penyesuai kuasa rosak.
Kabel pengecas menjadi berbulu atau rosak.
Penyesuai kuasa didedahkan kepada kelembapan berlebihan, atau cecair tertumpah di atas penyesuai kuasa.
Penyesuai kuasa terjatuh dan penutupnya telah rosak.
Pendedahan haba berpanjangan (HomePod mini)
HomePod mini dan penyesuai kuasa USB mematuhi had suhu permukaan diperlukan yang ditakrifkan oleh peraturan negara yang berkenaan serta standard keselamatan antarabangsa dan serantau. Bagaimanapun, walaupun dengan had ini, sentuhan dikekalkan dengan permukaan panas untuk jangka masa yang panjang mungkin menyebabkan tidak selesa atau kecederaan. Gunakan akal budi untuk mengelakkan situasi yang mana kulit anda bersentuhan dengan peranti atau penyesuai kuasanya apabila ia beroperasi atau disambung ke salur kuasa untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, jangan tidur pada peranti atau penyesuai kuasa atau letakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda apabila ia dipasang ke sumber kuasa. Adalah penting untuk meletakkan HomePod mini dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan.
Gangguan peranti perubatan
HomePod mengandungi magnet dan/atau komponen dan radio yang menghasilkan medan elektromagnetik. Medan elektromagnetik ini mungkin mengganggu peranti perubatan.
Runding dengan doktor dan pengeluar peranti perubatan anda untuk maklumat terperinci peranti perubatan anda dan sama ada anda perlu mengekalkan jarak pemisahan selamat antara peranti perubatan anda dan HomePod. Pengeluar selalunya memberikan pengesyoran tentang penggunaan selamat peranti mereka di sekitar produk wayarles atau magnet untuk menghalang kemungkinan gangguan. Jika anda mengesyaki HomePod mengganggu peranti perubatan anda, berhenti menggunakan HomePod.
Elak kerosakan pendengaran
AMARAN: Untuk mengelakkan kemungkinan kerosakan pendengaran, jangan dengar pada paras kelantangan tinggi untuk masa yang lama.
Mendengar bunyi pada kelantangan tinggi mungkin merosakkan pendengaran anda secara kekal. Bising latar belakang dan pendedahan berterusan ke paras kelantangan tinggi, dapat membuat bunyi lebih perlahan daripada yang sebenar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan pendengaran, lihat apple.com/my/sound.