Terima pemberitahuan untuk aksesori Rumah pada Mac
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila aksesori anda mengesan sesuatu dan menyemak status aksesori anda.
Aktifkan pemberitahuan untuk aksesori anda
Sesetengah aksesori seperti sensor asap dan kunci pintu mempunyai pemberitahuan didayakan secara lalai, tetapi anda juga boleh menyediakan pemberitahuan untuk sesetengah jenis aksesori lain, seperti sensor pergerakan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, dwiklik aksesori.
Klik Pemberitahuan Status, kemudian pilih Pemberitahuan pada Mac Ini.
Pemberitahuan disediakan untuk Mac ini sahaja.
Semak status aksesori anda
Anda boleh menyemak status aksesori anda terus daripada skrin Rumah.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik Rumah atau bilik dalam bar sisi.
Semak ikon status di bahagian atas skrin.
Padu: Klik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan (tundaan 8 saat membenarkan anda membuat asal tindakan anda dengan mengklik semula). Control-klik atau klik paksa untuk melihat butiran.
Lut Sinar: Klik untuk melihat butiran.
Aksesori sensor iklim dikumpulkan di bawah satu ikon status. Aksesori sensor penggera (asap, kebocoran, karbon monoksida dan karbon dioksida) juga dikumpulkan di bawah satu ikon status apabila ia melahu.