Konfigurasi penghala untuk digunakan dengan Rumah pada Mac
Anda boleh membuatkan rumah pintar anda lebih selamat dengan membenarkan penghala yang serasi mengawal perkhidmatan yang boleh berkomunikasi dengan aksesoriHomeKit anda dalam rangkaian Wi-Fi rumah anda dan di internet. Penghala didayakan HomeKit memerlukan anda mempunyai HomePod, Apple TV, atau iPad disetkan sebagai hab rumah. Lihat tapak web aksesori Rumah untuk senarai penghala yang serasi.
Namakan penghala
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit > Edit Rumah.
Klik Rangkaian Wi-Fi & Penghala, pilih penghala atau pelanjut, kemudian pilih bilik untuk menamakan peranti (contohnya, Ruang Tamu).
Konfigurasi penghala
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit > Edit Rumah.
Klik Rangkaian Wi-Fi & Penghala, pilih aksesori, kemudian pilih tahap keselamatan rangkaian.
Tiada Pengehadan: Penghala membenarkan aksesori bersambung ke sebarang perkhidmatan internet atau peranti setempat.
Ini memberikan tahap keselamatan paling rendah.
Automatik: Penghala membenarkan aksesori bersambung kepada senarai perkhidmatan internet dan peranti setempat yang diluluskan oleh pengilang yang dikemas kini secara automatik.
Hadkan kepada Rumah: Penghala hanya membenarkan aksesori bersambung ke hab rumah anda.
Pilihan ini mungkin menghalang kemas kini perisian tegar atau perkhidmatan lain.