Setkan pemberitahuan untuk aksesori dalam Rumah pada Mac
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila aksesori anda mengesan sesuatu dan menyemak status aksesori anda.
Aktifkan pemberitahuan untuk aksesori
Sesetengah aksesori seperti sensor asap dan kunci pintu mempunyai pemberitahuan didayakan secara lalai, tetapi anda juga boleh menyediakan pemberitahuan untuk sesetengah jenis aksesori lain, seperti sensor pergerakan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik nama aksesori dalam jubin.
Klik Status dan Pemberitahuan, kemudian pilih pemberitahuan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pemberitahuan tersedia bergantung kepada jenis aksesori. Pemberitahuan disediakan untuk Mac ini sahaja.
Nyahaktifkan atau tukar pemberitahuan daripada Rumah
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik Rumah, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Rumah: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk menerima atau tempat bagi menunjukkan pemberitahuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan di penjuru kanan bawah.
Untuk menyahaktifkan pemberitahuan buat sementara, atau untuk menerima hanya isyarat kritikal, lihat Sediakan Fokus.
Semak status aksesori anda
Anda boleh menyemak status aksesori anda terus daripada skrin Rumah.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik Rumah atau bilik dalam bar sisi.
Bergantung pada penampilan jubin aksesori, lakukan salah satu daripada berikut.
Jika jubin aksesori padu: Klik ikon aksesori dalam jubin untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan aksesori (tundaan 8 saat membenarkan anda membuat asal tindakan anda dengan mengklik lagi). Control-klik atau klik paksanya untuk melihat butiran.
Jika jubin aksesori lut sinar: Kliknya untuk melihat butiran.
Aksesori sensor iklim dikumpulkan bersama-sama di bawah satu kategori aksesori. Aksesori sensor penggera (asap, kebocoran, karbon monoksida dan karbon dioksida) juga dikumpulkan bersama-sama di bawah satu kategori aksesori.