VARA
Fungsi VARA mengembalikan varians sampel (saksama)—ukuran serakan—bagi koleksi bagi sebarang nilai.
VARA(nilai, nilai…)
nilai: Sebarang nilai. nilai boleh mengandungi nilai tunggal atau koleksi. Semua nilai mestilah daripada jenis nilai yang sama (kecuali nilai rentetan dan nilai boolean boleh disertakan dengan nilai nombor). Minimum daripada dua nilai diperlukan. Nilai rentetan boleh disertakan dalam sel yang dirujuk, tetapi tidak boleh dimasukkan terus sebagai argumen fungsi.
nilai…: Secara pilihan sertakan satu atau lebih nilai atau koleksi nilai tambahan.
Nota
Fungsi VARA mencari varians sampel (saksama) dengan membahagikan jumlah kuasa dua bagi sisihan titik data dengan satu kurang daripada bilangan nilai.
VARA sesuai digunakan apabila nilai yang ditentukan mewakili sampel bagi populasi yang lebih besar sahaja. Jika nilai yang anda analisis mewakili keseluruhan koleksi atau populasi, gunakan fungsi VARPA.
Fungsi memberi nilai 0 pada sebarang nilai rentetan, 0 pada nilai boolean FALSE dan 1 pada nilai boolean TRUE dan menyertakannya dalam komputasi, jika semua nilai lain ialah nombor. Jika terdapat nilai tarikh/masa atau nilai tempoh disertakan, fungsi mengembalikan ralat. Sel kosong diabaikan.
Punca kuasa dua bagi varians yang dikembalikan oleh fungsi VARA dikembalikan oleh fungsi STDEVA.
Contoh |
---|
Katakan anda memasang sensor suhu di Cupertino, California. Sensor merekodkan suhu tinggi dan rendah setiap hari. Data daripada beberapa hari pertama dalam bulan Julai ditunjukkan dalam jadual berikut dan digunakan sebagai sampel untuk populasi suhu tinggi atau rendah (harap maklum bahawa ini ialah contoh sahaja; ia tidak sah dari segi statistik). Pada 5 Julai, sensor tersebut gagal, jadi data dalam jadual menunjukkan t/a atau tidak tersedia. |
A | B | C | |
---|---|---|---|
1 | Tarikh | Tinggi | Rendah |
2 | 01/07/2010 | 58 | 58 |
3 | 02/07/2010 | 84 | 61 |
4 | 03/07/2010 | 82 | 59 |
5 | 04/07/2010 | 78 | 55 |
6 | 05/07/2010 | n/a | n/a |
7 | 06/07/2010 | 81 | 57 |
8 | 07/07/2010 | 93 | 67 |
=VARA(B2:B8) mengembalikan lebih kurang 1011.66666666667, serakan (varians ialah ukuran serakan) seperti yang diukur oleh VARA, bagi sampel suhu tinggi harian. Jika anda mempunyai set data yang besar yang tidak boleh diimbas secara visual dengan mudah, atau anda ingin mengautomatikkan semakan untuk nilai yang tiada, anda boleh membandingkan keputusan =VAR(B2:B8), yang mengembalikan lebih kurang 135.066666666667, dan VARA, yang mengembalikan lebih kurang 1011.66666666667. Jika (seperti dalam kes ini) ia tidak sepadan, ia akan menunjukkan set data mengandungi teks (seperti "n/a"), atau nilai boolean (TRUE atau FALSE). |