MATCH
Fungsi MATCH mengembalikan kedudukan bagi nilai dalam koleksi.
Petua: Untuk carian dipertingkatkan yang berfungsi pada sebarang arah, gunakan XMATCH.
MATCH(search-for, search-where, matching-method)
search-for: Nilai untuk dicari. search-for boleh mengandungi sebarang nilai, atau rentetan REGEX.
search-where: Koleksi yang mengandungi nilai yang perlu dicari. search-where boleh mengandungi sebarang nilai.
matching-method: Nilai modal pilihan yang menentukan cara padanan nilai dilakukan.
cari nilai terbesar (1 atau dikecualikan): Cari sel dengan nilai terbesar yang kurang daripada atau sama dengan search-for. Jika anda menggunakan cari nilai terbesar, anda tidak boleh menggunakan kad bebas dalam search-for.
car nilai (0): Cari sel pertama dengan nilai yang sepadan tepat dengan search-for. Kaedah padanan ini terbaik untuk mencari teks. Jika anda menggunakan cari nilai, anda tidak boleh menggunakan kad bebas dalam search-for. Anda boleh menggunakan ? (tanda soal) untuk mewakili satu aksara, * (asterisk) untuk mewakili pelbagai aksara, dan ~ (tilde) untuk menentukan aksara seterusnya perlu dipadankan berbanding digunakan sebagai kad bebas.
cari nilai terkecil (–1): Cari sel dengan nilai terkecil yang lebih besar daripada atau sama dengan search-for. Jika anda menggunakan cari nilai terkecil, anda tidak boleh menggunakan kad bebas dalam search-for.
Nota
MATCH hanya berfungsi pada koleksi yang menjadi sebahagian daripada baris atau lajur tunggal; anda tidak boleh menggunakannya untuk mencari koleksi dua dimensi.
Nombor sel yang bermula dengan 1 di sel atas atau kiri untuk koleksi menegak atau mendatar, masing-masing. Carian dijalankan atas ke bawah atau kiri ke kanan.
Apabila mencari teks, huruf besar/kecil diabaikan.
Contoh |
---|
Jika diberikan jadual berikut: |
A | B | C | D | E | |
---|---|---|---|---|---|
1 | 10 | vel | 40 | ||
2 | 20 | elit | 20 | ||
3 | 30 | lorex | 30 | ||
4 | 40 | felis | 50 | ||
5 | 50 | facit | 10 |
=MATCH(40, A1:A5) mengembalikan 4, kerana 40 (search-for) adalah item keempat dalam koleksi yang ditentukan (search-where). =MATCH(40, E1:E5) mengembalikan 1, kerana 40 adalah item pertama dalam koleksi yang ditentukan. =MATCH(35, E1:E5, 1) mengembalikan 3, kerana 30 ialah nilai paling besar yang kurang daripada atau sama dengan 35 (matching-method adalah 1, find largest value). =MATCH(35, E1:E5, -1) mengembalikan 1, kerana 40 ialah nilai terkecil yang lebih besar daripada atau sama dengan 35 (matching-method adalah -1, find smallest value). =MATCH(35, E1:E5, 0) mengembalikan ralat, kerana tiada padanan tepat boleh ditemui (matching-method adalah 0, find value). =MATCH("vel", C1:C5) mengembalikan 1, kerana "vel" muncul dalam sel pertama bagi julat yang ditentukan. =MATCH("*x", C1:C5, 0) mengembalikan 3, kerana "lorex", yang tamat dengan "x", muncul dalam sel ketiga dalam julat. =MATCH("vel", C1:D5) mengembalikan ralat, kerana koleksi search-for hanya boleh termasuk satu baris atau satu lajur. =MATCH(REGEX("^f.*"), C1:C5,0) mengembalikan 4, kerana perkataan pertama yang bermula dengan "f" ialah item keempat dalam koleksi. |