ACCRINT
Fungsi ACCRINT mengembalikan faedah terakru bagi sekuriti yang membayar faedah berkala. Amaun yang dikembalikan ialah faedah keseluruhan yang terakru sejak tarikh keluaran, bukan amaun terakru sejak bayaran kupon terakhir.
ACCRINT(isu, pertama, mengenap, kadar tahunan, tara, frekuensi, days-basis)
isu: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh mewakili tarikh sekuriti dikeluarkan pada asalnya.
pertama: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh bayaran faedah pertama. Pertama mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk isu.
mengenap: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh penyelesaian dagangan, biasanya satu atau lebih hari selepas tarikh dagangan. mengenap mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk isu.
kadar tahunan: Nilai nombor yang mewakili kadar kupon tahunan atau kadar faedah tahunan yang dinyatakan bagi sekuriti yang digunakan bagi menentukan bayaran faedah berkala. kadar tahunan mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
tara: Nilai nombor yang mewakili nilai tara (muka) atau kematangan bagi sekuriti. tara biasanya ialah nombor seperti 100, 1,000 atau 1,000,000. tara seringkali diformatkan sebagai mata wang. Jika tara dikecualikan (koma, bukan nilai), tara dianggap 1000.
frekuensi: Nilai modal menentukan bilangan bayaran kupon atau faedah berkala setiap tahun.
tahunan (1): Satu bayaran setahun.
setengah tahunan (2): Dua bayaran setahun.
suku tahunan (4): Empat bayaran setahun.
days-basis: Nilai modal pilihan yang menentukan bilangan hari setiap bulan dan hari setiap tahun (konvensyen berdasarkan hari) yang digunakan dalam kiraan.
30/360 (0 atau dikecualikan): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah NASD untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
sebenar/sebenar (1): Hari sebenar dalam setiap bulan, hari sebenar dalam setiap tahun.
sebenar/360 (2): Hari sebenar dalam setiap bulan, 360 hari dalam setahun.
sebenar/365 (3): Hari sebenar dalam setiap bulan, 365 hari dalam setahun.
30E/360 (4): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah Eropah untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
Nota
Mata wang yang ditunjukkan dalam hasil fungsi ini bergantung pada seting Bahasa & Rantau anda (dalam Keutamaan Sistem dalam macOS dan dalam Seting dalam iOS dan iPadOS), atau pada seting Zon Waktu & Rantau anda dalam Seting iCloud.
Contoh 1 |
---|
Katakan anda mempertimbangkan untuk membeli sekuriti hipotetikal. Sekuriti dikeluarkan pada 14 Disember 2008 (isu), mempunyai tarikh pembayaran kupon pertama pada 1 Julai 2009 (pertama), akan mengenap pada 1 Mei 2009 (mengenap), membayar faedah pada kadar tahunan sebanyak 10% (kadar tahunan) separa tahunan (frekuensi), mempunyai nilai muka $1000 (tara), dan faedah dikira berdasarkan 30/360 hari (days-basis). Harap maklum bahawa dalam contoh ini, tarikh pengenapan dianggap sebelum tarikh kupon pertama. =ACCRINT ("12/14/2008", "07/01/2009", "05/01/2009", 0.10, 1000, 2, 0) mengembalikan lebih kurang 38.0555555555556, yang mewakili faedah terakru antara tarikh isu dan tarikh pengenapan. |
Contoh 2 |
---|
Katakan anda menimbang untuk membeli sekuriti hipotetikal yang sama seperti yang diperihalkan dalam Contoh 1, kecuali tarikh pengenapan ialah 15 September 2009, selepas tarikh kupon pertama. =ACCRINT ("12/14/2008", "07/01/2009", "09/15/2009", 0.10, 1000, 2, 0) mengembalikan lebih kurang 75.2777777777778, yang mewakili faedah terakru antara tarikh isu dan tarikh pengenapan. |