PRICEMAT
Fungsi PRICEMAT mengembalikan harga sekuriti yang membayar faedah sahaja pada kematangan setiap $100 nilai penebusan (tara).
PRICEMAT(settle, maturity, issue, annual-rate, annual-yield, days-basis)
settle: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh penyelesaian dagangan, biasanya satu atau lebih hari selepas tarikh dagangan. settle mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk issue.
maturity: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh yang mewakili tarikh apabila sekuriti matang. maturity mesti selepas tarikh yang ditentukan untuk settle.
issue: Nilai tarikh/masa atau rentetan tarikh mewakili tarikh sekuriti dikeluarkan pada asalnya.
annual-rate: Nilai nombor yang mewakili kadar kupon tahunan atau kadar faedah tahunan yang dinyatakan bagi sekuriti yang digunakan bagi menentukan bayaran faedah berkala. annual-rate mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
annual-yield: Nilai nombor mewakili hasil tahunan sekuriti. annual-yield mesti lebih besar daripada 0 dan dimasukkan sebagai nilai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).
days-basis: Nilai modal pilihan yang menentukan bilangan hari setiap bulan dan hari setiap tahun (konvensyen berdasarkan hari) yang digunakan dalam kiraan.
30/360 (0 atau dikecualikan): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah NASD untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
actual/actual (1): Hari sebenar dalam setiap bulan, hari sebenar dalam setiap tahun.
actual/360 (2): Hari sebenar dalam setiap bulan, 360 hari dalam setahun.
actual/365 (3): Hari sebenar dalam setiap bulan, 365 hari dalam setahun.
30E/360 (4): 30 hari dalam bulan, 360 hari dalam setahun, menggunakan kaedah Eropah untuk tarikh yang jatuh pada 31hb setiap bulan.
Nota
Mata wang yang ditunjukkan dalam hasil fungsi ini bergantung pada seting Bahasa & Rantau anda (dalam Keutamaan Sistem dalam macOS 12 dan lebih awal, Seting Sistem dalam macOS 13 dan lebih baharu, serta Seting dalam iOS dan iPadOS).
Contoh |
---|
Katakan anda mempertimbangkan untuk membeli sekuriti hipotetikal. Sekuriti pada asalnya dikeluarkan pada 14 Disember 2008 (issue), matang pada 30 Jun 2015 (maturity), membayar faedah pada kematangan sahaja pada kadar tahunan 6.5% (annual-rate) pada asas 30/360 hari (days-basis), dan dikatakan mempunyai hasil 5.25% (annual-yield). Pembelian anda akan mengenap pada 1 Mei 2009 (settle). =PRICEMAT("01/05/2009", "30/06/2015", "14/12/2008", 0.065, 0.0525, 0) mengembalikan lebih kurang 105.216355782734, yang mewakili harga setiap $100 nilai muka yang akan dibayar pada hasil yang ditentukan. |