rentetan tarikh

Nilai rentetan tarikh ialah sebarang daripada yang berikut:

  • Rujukan kepada sel yang mengandungi rentetan tarikh yang sah. Contohnya, rujukan kepada sel yang mengandungi ="19 Dis 2014".

  • Rentetan tarikh yang sah yang dikurung dalam tanda petikan. Contohnya, "10/11/2013".

  • Rujukan kepada sel yang diformatkan sebagai teks yang mengandungi rentetan tarikh yang sah.

Nilai tarikh yang ditaip terus ke dalam sel atau disertakan dalam tanda petikan boleh mempunyai beberapa bentuk, bergantung pada format tarikh yang ditentukan pada peranti anda. Contohnya, jika anda telah memilih Amerika Syarikat sebagai wilayah, nilai tarikh "15/2/2015", "15/02/2015", "15-2-2015", "15-02-2015", "15 Feb 2015", dan "15 Februari 2015" semuanya adalah sama.