
Tambah teks ke papan Freeform pada Mac
Tambah kotak teks pada papan Freeform anda untuk item seperti tajuk, label, kapsyen, atau kandungan bertulis lain.

Tambah dan format teks
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Klik
, kemudian masukkan teks.
Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Untuk menukar penjajaran teks, warna dan banyak lagi, lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih teks, klik
, kemudian pilih Tunjukkan Fon atau Tunjukkan Warna.
Pilih kotak teks, kemudian gunakan alat pemformatan dalam jadual di bawah.
Alat
Perihalan
Butang Pemeriksa Isian Teks
Tukar warna teks dalam kotak teks.
Butang Pemeriksa Teks Kotak Teks
Tukar pemformatan untuk semua teks dalam kotak teks, termasuk fon, warna, saiz, penjajaran dan gaya senarai.
Butang Set Saiz Fon
Tukar saiz fon untuk teks dalam kotak teks.
Formatkan teks sebagai senarai
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan dengan kotak teks, atau cipta papan baharu dan klik
untuk menambah kotak teks.
Pilih teks atau kotak teks, kemudian gunakan alat pemformatan untuk mencipta senarai berbulet, bernombor atau bersengkang.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah lebih item ke senarai: Tekan Return di hujung item senarai dalam kotak teks.
Tingkatkan aras senarai: Klik baris dalam senarai, kemudian tekan Tab untuk inden.
Kurangkan aras senarai: Klik baris dalam senarai, kemudian tekan Shift-Tab untuk outden.
Lihat Format teks dalam dokumen dengan fon dan Gunakan warna dalam dokumen untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemformatan teks.
Teruskan membina papan anda dengan menambah nota lekat, bentuk, garis, foto, video, diagram, pautan dan fail lain.