![](https://help.apple.com/assets/65A1EA6EF8E43889BE0BB5F2/65A1EA71F8E43889BE0BB5F8/ms_MY/6995e148c827c092658dff889beaddc6.png)
Tambah nota lekat ke papan Freeform pada Mac
Berikan maklum balas apabila anda bekerjasama pada papan Freeform dengan menambah komen dalam nota lekat.
![Papan Freeform dengan pelbagai item seperti lukisan daripada iPhone atau iPad, nota lekat, pautan, kotak teks, video dan beberapa foto.](https://help.apple.com/assets/65A1EA6EF8E43889BE0BB5F2/65A1EA71F8E43889BE0BB5F8/ms_MY/b38d2478bf4a71faf199d454b03bc524.png)
Tambah dan format nota lekat
Dalam app Freeform
pada Mac anda, klik kategori dalam bar sisi, kemudian dwiklik papan untuk membukanya.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Klik butang Masukkan Nota Lekat
, kemudian masukkan teks.
Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Untuk menukar warna, fon teks dan banyak lagi, pilih nota lekat, kemudian gunakan alat pemformatan.
Alat
Perihalan
Butang Pemeriksa Isian Nota Lekat
Tukar warna nota lekat.
Butang Pemeriksa Teks Nota Lekat
Tukar pemformatan untuk semua teks dalam nota lekat termasuk gaya fon, saiz, penjajaran dan gaya senarai.
Petua nota lekat
Tambah lebih banyak item pada senarai berbulet, bernombor, bersengkang—hanya tekan Return di hujung item senarai dalam nota lekat. Anda juga boleh menaikkan (atau mengurangkan) paras senarai apabila anda mengklik baris dalam senarai, kemudian tekan Tab untuk inden (atau Shift-Tab untuk kembali).
Untuk menggunakan pemformatan pada teks khusus dalam nota lekat, pilih teks, kemudian gunakan butang pemformatan untuk item.
Anda boleh menggunakan garis penyambung antara nota lekat dan item lain. Jika perlu, klik butang Tunjukkan Penyambung
di penjuru kanan bawah (apabila garis penyambung didayakan, butang kelihatan seperti ini
), klik nota lekat, kemudian seret salah satu anak panah ke atas, bawah, kiri atau kanan untuk menambah garis penyambung pada item lain.
Teruskan membina papan anda dengan menambah teks, bentuk atau garis, foto atau video, diagram, pautan dan fail lain.