macOS Sonoma 14
![](https://help.apple.com/assets/65A1EA6EF8E43889BE0BB5F2/65A1EA71F8E43889BE0BB5F8/ms_MY/6995e148c827c092658dff889beaddc6.png)
Putar item pada papan Freeform pada Mac
Anda boleh memutarkan item pada papan Freeform anda untuk menukar orientasi item.
Dalam app Freeform
pada Mac anda, klik kategori dalam bar sisi, kemudian dwiklik papan untuk membukanya.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Jika item dikunci, anda perlu mengklik butang Buka Kunci
sebelum anda boleh memutarkan item.
Tekan dan tahan kekunci Command semasa penuding anda berada di atas pemegang pilihan item—kursor bertukar kepada
—kemudian seret untuk memutar.
Petua: Semasa anda memutarkan item, tekan dan tahan kekunci Shift untuk melekatkan item dalam tokokan 45 darjah.