![](https://help.apple.com/assets/5CCDBE01094622E820D823B0/5CCDBE04094622E820D823B8/ms_MY/49e58dfdc91279da22a60b0fe1ccbc31.png)
Laraskan seting peta dalam Cari pada Mac
Anda boleh menukar paparan peta atau unit jarak.
![Paparan tetingkap Cari menunjukkan lokasi orang pada peta. Di penjuru kiri bawah, pilih daripada tiga pilihan paparan yang berbeza—Peta, Hibrid, atau Satelit. Sepanjang bahagian bawah tetingkap, klik butang Lokasi Semasa untuk melihat lokasi anda pada peta atau gunakan butang zum untuk zum masuk atau keluar pada peta. Di atas butang zum, klik butang 3D untuk melihat peta.](https://help.apple.com/assets/5CCDBE01094622E820D823B0/5CCDBE04094622E820D823B8/ms_MY/fb8eb24ef48aa60df75663db4476ae08.png)
Nota: Seting ini hanya mempengaruhi peta dalam app Cari pada Mac anda. Ia tidak mempengaruhi peta dalam app atau peta lain dalam Cari pada peranti lain anda.
Dalam app Cari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat lokasi semasa anda: Klik butang Lokasi Semasa
di bahagian penjuru kanan bawah peta.
Tukar paparan peta: Klik Peta, Hibrid, atau Satelit dalam bahagian bawah tetingkap, atau pilih Paparan > Paparan.
Zum ke dalam atau ke luar: Klik butang zum (
atau
) di bahagian penjuru kanan bawah peta.
Lihat peta dalam 3D: Klik butang 3D
. Anda mungkin perlu zum masuk pada peta sebelum objek muncul dalam 3D.
Untuk melihat paparan flyover, gunakan paparan Satelit dalam 3D.
Tukar unit jarak: Pilih Paparan > Jarak > Dalam Batu, atau Paparan > Jarak > Dalam Kilometer.