Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah kenalan semasa menggunakan FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan FaceTime daripada seseorang yang bukan dalam senarai Kenalan anda, FaceTime membuat cadangan tentangnya dan membekalkan maklumat kenalan tambahan supaya anda boleh mencipta kad untuk orang tersebut.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, klik butang Info (atau gunakan Touch Bar) untuk pemanggil yang disenaraikan dengan hanya nombor telefon atau alamat e-mel.
Jika panggilan dilabelkan dengan “Mungkin”, klik Tambah ke Kenalan.
Masukkan maklumat orang tersebut, kemudian klik Cipta.
Anda mungkin tidak boleh menambah kenalan jika anda dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengemas kini info kenalan, lihat Kemas kini maklumat kenalan.