![](https://help.apple.com/assets/5FCE6A030946226D305E5797/5FCE6A0C0946226D305E579F/ms_MY/7d05df5a89801043f5ec05ec02b86c78.png)
![Tetingkap Utiliti Cakera dengan paparan Tunjukkan Volum Sahaja dipilih. Bar sisi di sebelah kiri memaparkan tiga volum dalaman, satu volum luaran dan satu volum imej cakera. Anak tetingkap di sebelah kanan menunjukkan butiran tentang volum dipilih.](https://help.apple.com/assets/5FCE6A030946226D305E5797/5FCE6A0C0946226D305E579F/ms_MY/8f58bd866912128cb1f44d6b33e12c00.png)
Biarkan macOS mengurus ruang antara berbilang volum
Dengan Apple File System (APFS), sistem fail yang diperkenalkan dalam macOS 10.13, anda boleh menambah dan memadamkan volum pada peranti storan anda dengan mudah. Volum diformatkan APFS membesar dan mengecil secara automatik—anda tidak perlu memetakkan semula peranti storan lagi.
![Tetingkap Utiliti Cakera menunjukkan dialog padam sedang disediakan untuk memformat semula pemacu kilat dengan format APFS disulitkan.](https://help.apple.com/assets/5FCE6A030946226D305E5797/5FCE6A0C0946226D305E579F/ms_MY/b6ca094ccdc61c4dffa5651da8a83dfe.png)
Pastikan peranti storan luaran anda selamat
Apabila anda mendapat pemacu kilat atau peranti storan lain, formatkannya sebagai APFS dan sulitkannya dengan kata laluan untuk melindungi kandungannya.
![Tetingkap Utiliti Cakera menunjukkan dialog pengesahan Bantuan Kecemasan.](https://help.apple.com/assets/5FCE6A030946226D305E5797/5FCE6A0C0946226D305E579F/ms_MY/e355cdd3a4e43ee91d824af54a9bada8.png)
Periksa cakera anda
Jika anda mempunyai masalah dengan cakera, Utiliti Cakera boleh memeriksa cakera dan membaiki masalah yang dikesan.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Utiliti Cakera, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.