Dapatkan maklumat terperinci tentang cakera dalam Utiliti Cakera pada Mac
Anda boleh melihat maklumat terperinci tentang cakera atau volum pada Mac anda, termasuk:
Lokasi pada cakera atau volum (dalaman atau luaran)
Format sedang digunakan
Jumlah kemampuan
Jumlah ruang tersedia, yang boleh termasuk kedua-kedua ruang kosong dan “ruang boleh disingkirkan”—atau ruang yang macOS dapat kosongkan apabila diperlukan dengan membuang fail daripada komputer anda. Anda tidak boleh mengeluarkan secara manual fail yang disetkan sebagai boleh disingkarkan, tetapi macOS ketika ruangan diperlukan.
Di mana volum dilekapkan
Bilangan folder dan fail yang cakera kandungi
Status Teknologi Analisis dan Laporan Pemantauan Diri (S.M.A.R.T.), yang merupakan keadaan berfungsi cakera umum
Cakera kumpulan volum logikal
Apabila anda mencipta petak volum logikal daripada kumpulan volum logikal menggunakan diskutil, maklumat laporan Tersedia dan Digunakan dalam Utiliti Cakera ditentukan oleh ruang storan yang digunakan oleh petak volum logikal yang anda ciptakan. Sebagai contoh, jika anda cipta petak volum logikal 400 GB daripada kumpulan volum logikal 1 TB, ruang storan 400 GB digunakan untuk mencipta petak volum logikal dilaporkan dalam Utiliti Cakera sebagai ruang Digunakan dan baki 600 GB dilaporkan sebagai ruang Tersedia untuk kumpulan volum logikal. Apabila anda pilih petak volum logikal 400 GB, maklumat dilaporkan untuk Digunakan, Boleh Disingkirkan dan Bebas ditentukan dengan jumlah data pada petak volum logikal.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Pilih cakera atau volum, kemudian klik butang Info .