Pintasan papan kekunci dalam Utiliti Cakera pada Mac
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Utiliti Cakera di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej kosong baharu | Command-N | ||||||||||
Imej baharu daripada folder | Shift-Command-N | ||||||||||
Imej baharu daripada “Volum” | Option-Command-N | ||||||||||
Buka imej cakera | Option-Command-O | ||||||||||
Dapatkan info | Command-I | ||||||||||
Keluarkan | Command-E | ||||||||||
Pulihkan | Shift-Command-R | ||||||||||
Petak | Shift-Command-P | ||||||||||
Padam | Shift-Command-E | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Tunjukkan Volum Sahaja | Command-1 | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Tunjukkan Semua Peranti | Command-2 | ||||||||||
Tunjukkan atau sembunyikan bar sisi | Control-Command-S |