Edit pemetaan RFC 2307 untuk mendayakan penciptaan pengguna
Sebelum anda boleh menggunakan macOS Server atau Editor Direktori untuk mencipta pengguna pada pelayan LDAP bukan Apple yang menggunakan pemetaan RFC2307 (UNIX), anda perlu mengedit pemetaan jenis rekod Pengguna. Anda melakukannya dengan Utiliti Direktori.
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Klik Perkhidmatan.
Klik ikon kunci.
Masukkan nama dan kata laluan pengguna pentadbir, kemudian klik Ubah Suai Konfigurasi (atau gunakan Touch ID).
Pilih LDAPv3, kemudian klik butang Edit (kelihatan seperti pensel).
Jika senarai konfigurasi pelayan disembunyikan, klik Tunjukkan Pilihan.
Pilih konfigurasi direktori dengan pemetaan RFC 2307, kemudian klik Edit.
Klik Cari & Pemetaan.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih Pengguna.
Secara lalai, “Peta ke __ item dalam senarai” disetkan ke Mana Sahaja dan senarai pada bahagian kanan termasuk posixAccount, inetOrgPerson dan shadowAccount.
Tukar “Peta ke __ item dalam senarai” kepada Semua, kemudian tukar senarai pada bahagian kanan untuk memasukkan set kelas objek LDAP anda ingin jenis rekod Pengguna dipetakan.
Sebagai contoh, anda boleh memadam shadowAccount dari senarai supaya pengguna memeta ke posixAccount dan inetOrgPerson sahaja. Alternatifnya, anda boleh memeta Pengguna ke akaun, posixAccount dan shadowAccount:
Untuk menukar item dalam senarai, dwiklik padanya.
Untuk menambah item ke senarai, klik Tambah.
Untuk memadam item dipilih dari senarai, klik Padam.
Untuk menukar susunan item yang disenaraikan, seret item atas atau bawah dalam senarai.
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Anda boleh mencari kelas objek rekod pengguna dalam direktori LDAP dengan menggunakan alatan UNIX
ldapsearch
dalam Terminal. Sebagai contoh, kod berikut mencari kelas objek untuk rekod pengguna yang atribut cn ialah “Leonardo da Vinci:”$ ldapsearch -x -h ldapserver.example.com -b "dc=example, dc=com" 'cn=Leonardo da Vinci' objectClass
Output yang dipaparkan untuk contoh ini ialah:
# Leonardo da Vinci, example.com
dn: cn=Leonardo da Vinci, dc=example, dc=com
objectClass: inetOrgPerson
objectClass: posixAccount