Touch ID

Ciri pengenalpastian cap jari tersedia pada sesetengah komputer Mac. Dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci Mac dan sesetengah item dilindungi kata laluan anda, gunakan Apple Pay untuk membuat pembelian di web, serta membeli item daripada iTunes Store, App Store dan iBooks Store.

Papan kekunci dengan Touch Bar merentas bahagian atas; Touch ID terletak di hujung kanan Touch Bar.

Untuk menggunakan Touch ID, letakkan jari anda di atas Touch ID di hujung kanan Touch Bar.

Untuk menyediakan Touch ID, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch ID, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Touch ID pada MacBook Pro.