Imej video dalam pemapar dengan butang Rakam di bawahnya.

Abadikan detik

Sungguh mudah untuk mulakan—hanya sentuh dan tahan butang Rakam merah. Anda boleh merakam video, atau mengambil bingkai pegun dan zum masuk untuk melihat dengan lebih dekat. Anda juga boleh mendapatkan klip atau foto daripada pustaka anda dengan cepat.

Buat video

Suasana Selfie dalam pemapar.

Ubah dunia anda

Suasana Selfie membuatkan Clips lebih menyeronokkan. Asyikkan diri anda dalam landskap, set filem dan seni abstrak yang dianimasikan dengan cantik. Setiap suasana ialah satu pengalaman 360 darjah sepenuhnya, jadi tidak kira cara anda menggerakkan peranti anda, suasana mengelilingi anda di semua sisi.

Buat Suasana Selfie

Suasana Selfie dalam pemapar dengan Tajuk Langsung di bahagian bawah.

Ungkapkan idea anda

Tambah Tajuk Langsung beranimasi dengan suara anda. Semasa anda bercakap, kapsyen muncul pada video—dimasakan dengan sempurna ke alih suara anda. Anda boleh memasukkan rakaman suara anda bersama dengan Tajuk Langsung, atau anda boleh senyapkan suara anda.

Tambah Tajuk Langsung

Imej video dalam pemapar dengan label di atas video yang tertera “Hari Terbaik”.

Tambahkan sedikit gaya

Tambah sentuhan peribadi unik dengan label beranimasi, pelekat dan juga emoji emoji senyum. Tambah teks anda sendiri ke label, serta saiz semula, putar dan alihkan item untuk mendapatkan rupa yang anda mahukan.

Tambah label, pelekat dan emoji

Pilihan kongsi, termasuk orang yang dicadangkan untuk dikongsi.

Jadi terkenal

Sedia untuk menunjukkan karya agung mini anda? Clips membuat cadangan untuk perkongsian. Anda juga boleh berkongsi terus ke Instagram, YouTube dan banyak lagi.

Kongsi video anda

Untuk melayari Panduan Pengguna Clips, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.