Edit klip dalam Clips
Anda boleh memperhalus video anda dengan memotong klip untuk menukar bahagian klip yang ditunjukkan. Anda juga boleh memisahkan klip dan menyahaktifkan bunyi klip.
Selepas anda memilih klip dalam video anda, leret ke kiri dan kanan untuk melihat alat yang anda boleh gunakan untuk mengedit klip.
Pangkas klip
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip.
Ketik Potong .
Seret penanda mula dan akhir untuk setkan permulaan dan pengakhiran klip, kemudian ketik Potong.
Pisahkan klip
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip.
Ketik Pisah .
Seret penunjuk main ke tempat anda mahu pisahkan klip, kemudian ketik Pisah.
Senyapkan klip
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik klip.
Ketik Senyapkan .
Jika klip mempunyai lebih daripada satu jenis audio, anda boleh memilih sama ada untuk menyenyapkan audio yang anda tambah (seperti alih suara dirakam) atau audio asal klip.
Untuk mendengar bunyi lagi, ketik Senyapkan .