Rakam dengan Ruang AR dalam Clips
Dengan Ruang AR, anda boleh menjelmakan persekitaran anda dengan merakamkan klip anda dengan kesan pencahayaan beranimasi dan visual menyeronokkan yang berwarna-warni yang memetakan pada kontur ruang anda. Imbas ruang anda dengan iPhone atau iPad Pro yang serasi terlebih dahulu. Semasa anda merakam, kesan berinteraksi secara lancar dengan item dalam persekitaran anda.
Penting: Untuk menggunakan Ruang AR, anda mesti mempunyai iPhone atau iPad dengan Pengimbas LiDAR.
Dengan video dibuka dalam app Clips , ketik , kemudian ketik .
Ketik Mulakan Imbasan.
Gerakkan peranti anda secara perlahan-lahan untuk mengimbas persekitaran. Setelah pengimbasan selesai, ketik Mulakan Kesan.
Ketik Ruang AR yang anda mahu gunakan, kemudian ketik .
Apabila anda merakam klip atau mengambil foto, kesan ditambah.
Untuk mengeluarkan Ruang AR, supaya kesan tidak ditambah pada kali seterusnya anda merakam, ketik Batal.