Sediakan kelas anda dalam Bilik Darjah
Anda boleh menggunakan Bilik Darjah untuk mencipta kumpulan untuk melaksanakan tindakan khusus. Anda juga boleh menggunakan Bilik Darjah untuk menetapkan pengguna kepada peranti iPad Dikongsi. Semasa anda menggunakan Bilik Darjah, kumpulan dinamik dicipta apabila pelajar menggunakan app yang berbeza, atau dalam kes peranti iPad, skrin Utama yang berbeza. Sebagai contoh, jika empat pelajar menggunakan Safari, satu kumpulan dinamik dicipta menunjukkan keempat pelajar tersebut.
Jenis-jenis kumpulan adalah:
Semua: Semua pelajar dalam kelas
Manual: Dicipta oleh anda, guru
Dinamik: Berdasarkan app semasa, skrin Utama untuk peranti iPad, atau sebarang peranti pelajar yang dikunci oleh anda, guru
Anda boleh mengeluarkan hanya kumpulan yang anda cipta secara manual. Kumpulan dinamik muncul dan hilang apabila pelajar menggunakan app berbeza.
Cipta kumpulan secara manual
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih nama pelajar yang akan menjadi ahli kumpulan ini. Jika anda tidak memilih sebarang pelajar, semua pelajar akan ditambah ke kumpulan.
Klik Kumpulan dalam bar alat, kemudian masukkan nama untuk kumpulan.
Jika perlu, anda boleh memperincikan lagi orang dalam kumpulan ini. Pelajar diprapilih akan mempunyai tanda semak di bawah parap atau gambar mereka (jika digunakan).
Klik Cipta, kemudian lihat kumpulan baru dalam baris kumpulan.
Keluarkan kumpulan yang anda cipta
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih kumpulan yang anda mahu keluarkan daripada senarai kumpulan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tahan kekunci Control dan pilih Keluarkan Kumpulan daripada menu timbul.
Pilih Fail > Keluarkan Kumpulan.
Klik Keluarkan.
Tetapkan seorang pelajar ke iPad
Bilik Darjah boleh menetapkan pelajar ke iPad. Keupayaan ini berguna jika pelajar terlupa kod laluan atau kata laluan mereka.
Nota: iPad Dikongsi dan Apple ID Terurus diperlukan untuk tindakan ini.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Pilih Tindakan > Tetapkan iPad, kemudian pilih kumpulan peranti untuk menetapkan pelajar ke iPad dalam kumpulan tersebut.
Tetapkan pelajar ke peranti iPad
Bilik Darjah boleh menetapkan kumpulan pelajar ke kumpulan iPad. Apabila anda klik Tetapkan, Bilik Darjah menentukan sama ada setiap iPad telah ditetapkan kepada pelajar sebelum ini dan jika ya, ianya boleh menetapkan iPad tersebut kepada pelajar lagi. Ini mengoptimumkan pengalaman pelajar dengan mengurangkan memuat turun fail.
Nota: iPad Dikongsi dan Apple ID Terurus diperlukan untuk tindakan ini.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar atau kumpulan yang akan ditetapkan iPad.
Pilih Tindakan > Tetapkan iPad, kemudian pilih kumpulan peranti untuk menetapkan kumpulan pelajar ke kumpulan peranti dipilih.