Urus penggunaan app
Anda boleh mengurus penggunaan app pada peranti pelajar, termasuk membuka, mengunci dan berkongsi maklumat menerusi pelbagai app. Anda dan pelajar mesti mempunyai app yang sama pada peranti anda.
Buka app pada peranti pelajar
Anda boleh membuka app untuk pelajar itu. Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda dan pelajar mesti mempunyai app yang sama pada peranti anda.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Klik Buka dalam bar alat, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app pada peranti pelajar dipilih:
Pilih app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam bar Carian, kemudian pilih app.
Klik Buka untuk membuka app pada peranti pelajar, kemudian klik Selesai.
Anda juga boleh memilih untuk membuka app tersebut pada peranti anda sendiri.
Untuk membuka app untuk lebih daripada seorang pelajar, lihat Buka app pada peranti pelajar.
Kunci app dibuka (iPad sahaja)
Anda boleh membuka app pada iPad pelajar dan menghalang pelajar dari menutup app itu atau membuka app lain. Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda dan pelajar mesti mempunyai app yang sama pada peranti anda.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar.
Klik Buka dalam bar alat, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app pada iPad pelajar dipilih:
Skrol untuk mencari app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam bar Carian.
Tandakan kotak "Kunci app selepas membuka”.
Klik Buka untuk membuka app pada iPad pelajar, kemudian klik Selesai.
Untuk mengunci buka app untuk lebih daripada seorang pelajar, lihat Kunci app dibuka (iPad sahaja).
Tutup app yang dikunci buka (iPad sahaja)
Jika anda mendayakan "Kunci app selepas membuka”, anda mesti mengikut langkah ini untuk menyahaktifkannya. Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda dan pelajar mesti mempunyai app yang sama pada peranti anda.
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda, kemudian pilih pelajar yang mendayakan “Kunci app selepas membuka”.
Klik Buka Kunci dalam bar alat untuk menyahaktifkan “Kunci app selepas membuka”, kemudian klik Selesai.
Untuk menutup app yang dikunci buka untuk lebih daripada seorang pelajar, lihat Buka kunci peranti yang dikunci ke app (iPad sahaja).