Sediakan kelas anda yang dicipta dalam Apple School Manager dalam Bilik Darjah
Jika anda menggunakan macOS 10.15.5 atau lebih baru, apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID Terurus Apple School Manager anda, sebarang kelas sedia ada yang dicipta dalam Apple School Manager muncul dalam Bilik Darjah. Semua pelajar juga mesti menjalankan iPadOS 13.4.5 atau lebih baru atau macOS 10.15.5 atau lebih baru.
Pilih kelas
Buka app Bilik Darjah pada Mac anda.
Pilih kelas yang anda mahu kendalikan.
Selepas anda memilih kelas, anda boleh membimbing pengalaman pelajar.
Sediakan pelajar dalam pengerahan iPad satu ke satu
Pastikan pelajar boleh menggunakan iPad mereka untuk mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID Terurus mereka.
Sediakan pelajar yang menggunakan komputer Mac
Pastikan pelajar boleh menggunakan Mac mereka untuk mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID Terurus mereka.
Selepas anda mempunyai pelajar dalam kelas anda, anda boleh mengurus pengalaman kelas. Lihat: