![](https://help.apple.com/assets/5E18CDB20946223C271A8640/5E18CDB90946223C271A864F/ms_MY/562a7d0b6dc9e61f6e9f95559fdd3050.png)
Senyapkan peranti pelajar dengan Bilik Darjah
Anda boleh menyenyapkan peranti pelajar. Ini menetapkan kelantangan kepada sifar. Pelajar kemudiannya boleh meningkatkan kelantangan secara manual semula jika dikehendaki.
Nota: Tindakan ini mengurangkan kelantangan untuk media sahaja. Bunyi sistem dan amaran masih boleh didengar.
Senyapkan peranti
Buka app Bilik Darjah
pada Mac anda, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih semua pelajar.
Pilih kumpulan tertentu.
Klik Senyap
dalam bar alat untuk menyenyapkan peranti setiap pelajar.
Untuk menyenyapkan peranti untuk seorang pelajar, lihat Senyapkan peranti.