Urus penggunaan app pelajar dengan Bilik Darjah
Anda boleh mengurus penggunaan app pada peranti pelajar, termasuk membuka, mengunci dan berkongsi maklumat menerusi pelbagai app.
Buka app pada peranti berbilang pelajar
Anda boleh membuka app pada kesemua peranti pelajar. Untuk menyelesaikan tugasan ini, setiap pelajar mesti mempunyai app tersebut pada peranti mereka.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Semua Pelajar dalam bar sisi.
Pilih kumpulan khusus dalam bar sisi.
Cipta kumpulan secara manual, kemudian pilih kumpulan dalam bar sisi.
Klik Pilih di penjuru kanan atas skrin, pilih pelajar khusus, kemudian klik Selesai.
Dalam baris tindakan, klik Buka , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app itu pada peranti semua pelajar dipilih:
Pilih app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam medan carian, kemudian pilih app.
Anda juga boleh memilih untuk membuka app tersebut pada peranti anda sendiri.
Klik Selesai.
Buka app pada peranti pelajar tunggal
Anda boleh membuka app pada peranti pelajar. Untuk menyelesaikan tugasan ini, pelajar mesti mempunyai app tersebut pada peranti mereka.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Klik Buka , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app pada peranti pelajar:
Pilih app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam medan carian, kemudian pilih app.
Anda juga boleh memilih untuk membuka app tersebut pada peranti anda sendiri.
Klik Selesai.
Sembunyikan app terbuka pada peranti berbilang pelajar
Untuk membantu mengekalkan pelajar pada tugas, anda boleh menyembunyikan app dibuka pada peranti pelajar.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Semua Pelajar dalam bar sisi.
Pilih kumpulan khusus dalam bar sisi.
Cipta kumpulan secara manual, kemudian pilih kumpulan dalam bar sisi.
Klik Pilih di penjuru kanan atas skrin, pilih pelajar khusus, kemudian klik Selesai.
Dalam baris tindakan, klik Sembunyikan , kemudian klik Selesai.
Sembunyikan app terbuka pada peranti pelajar tunggal
Untuk membantu mengekalkan pelajar pada tugas, anda boleh menyembunyikan app dibuka pada peranti mereka.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Klik Sembunyi , kemudian klik Selesai.
Kunci app terbuka pada peranti iPad berbilang pelajar (kelas berdekatan sahaja)
Anda boleh mengunci app dibuka pada peranti iPad pelajar dan menghalang pelajar daripada menutup app itu atau membuka app lain. Untuk menyelesaikan tugsan ini, pelajar mesti memiliki app tersebut pada peranti iPad mereka.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Semua Pelajar dalam bar sisi.
Pilih kumpulan khusus dalam bar sisi.
Cipta kumpulan secara manual, kemudian pilih kumpulan dalam bar sisi.
Klik Pilih di penjuru kanan atas skrin, pilih pelajar khusus, kemudian klik Selesai.
Dalam baris tindakan, klik Buka , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app itu pada peranti iPad semua pelajar dipilih:
Skrol untuk mencari app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam medan carian.
Tandakan kotak “Kunci app selepas membuka” kemudian pilih app untuk membukanya pada peranti pelajar.
Anda juga boleh memilih untuk membuka app tersebut pada peranti anda sendiri.
Klik Selesai.
Kunci app terbuka pada iPad pelajar tunggal (kelas berdekatan sahaja)
Anda boleh mengunci app terbuka pada iPad pelajar dan menghalang pelajar daripada menutup app tersebut atau membuka app lain. Untuk menyelesaikan tugasan ini, pelajar mesti mempunyai app tersebut pada iPad mereka.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Dalam baris tindakan, klik Buka , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut untuk membuka app itu pada iPad pelajar:
Skrol untuk mencari app dalam senarai.
Masukkan nama app dalam medan carian.
Tandakan kotak “Kunci app selepas membuka” kemudian pilih app untuk membukanya pada iPad pelajar.
Anda juga boleh memilih untuk membuka app tersebut pada peranti anda sendiri.
Klik Selesai.
Buka kunci berbilang peranti iPad yang dikunci ke app (kelas berdekatan sahaja)
Jika anda mengunci app terbuka dalam kumpulan peranti, anda boleh menyahaktifkan ciri tersebut dengan mudah untuk setiap iPad dalam kumpulan. Jika sesetengah peranti pelajar dikunci, skrinnya dibuka kunci dan app yang anda buka kunci kekal aktif.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih kumpulan dengan “Kunci app selepas membuka” didayakan.
Dalam baris tindakan, klik Buka Kunci untuk menyahaktifkan “Kunci app selepas membuka”, kemudian klik Selesai.
Buka kunci iPad tunggal yang dikunci ke app (kelas berdekatan sahaja)
Jika anda mengunci app terbuka dalam iPad, anda boleh membuka kuncinya dengan mudah. Jika peranti pelajar dikunci, skrinnya dibuka kunci dan app yang anda buka kunci kekal aktif.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar dengan “Kunci app selepas membuka” didayakan.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Klik Buka Kunci untuk menyahaktifkan “Kunci app selepas membuka”, kemudian klik Selesai.
Kongsi dokumen terus daripada app
Anda juga boleh berkongsi dokumen daripada app. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi dokumen daripada app Pages.
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Klik menu Kongsi, kemudian pilih Hantar Salinan.
Pilih AirDrop.
Dengan sesetengah app, anda mungkin boleh memilih format dokumen.
Klik Seterusnya, kemudian pilih pelajar atau kumpulan daripada senarai.