iPhone, iPad, Apple Watch dan Mac bersebelahan menunjukkan pelbagai kawalan ibu bapa seperti Waktu Sekolah, Jadual Masa Skrin dan Minta untuk Melayari.

Baharu dengan kawalan ibu bapa

Lihat perkara yang telah berubah dengan kawalan ibu bapa* dalam iOS 27, iPadOS 27, macOS 27 dan watchOS 27 serta ketahui cara untuk bermula.

Ketahui perkara baharu dengan kawalan ibu bapa

Ketahui cara mengemas kini peranti keluarga anda

Kanak-kanak dan ibu bapa melihat iPad bersama-sama.

Mula sediakan peranti Apple pertama anak anda

Cipta Akaun Kanak-kanak, pilih app yang mereka mulakan pada peranti mereka dan pilih kawalan ibu bapa semasa persediaan. Anda juga boleh mengemas kini akaun sedia ada jika anak anda telah mempunyai akaun.

Mula sediakan iPhone atau iPad, Mac, atau Apple Watch pertama anak anda.

Anak tetingkap seting Masa Skrin Elaun Masa.

Terokai kawalan ibu bapa pada peranti anak anda

Dapatkan gambaran keseluruhan kawalan ibu bapa yang tersedia pada peranti anak anda, termasuk perlindungan berdasarkan umur yang direka untuk membantu melindungi kanak-kanak.

Bermula dengan kawalan ibu bapa

Anak tetingkap seting Perkongsian Keluarga menunjukkan ahli dalam kumpulan Perkongsian Keluarga.

Lihat perkara yang boleh dilakukan dengan Perkongsian Keluarga

Kongsi langganan, pembelian, storan iCloud+ dan banyak lagi dengan sehingga lima orang lain. Setiap orang menggunakan akaun mereka sendiri dan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Bermula dengan Perkongsian Keluarga

Sekat kandungan pada peranti anak anda

Pilih app dan tapak web yang boleh digunakan oleh anak anda pada peranti mereka.

Sekat atau benarkan akses ke app dan tapak web pada peranti anak anda

Cari ahli keluarga anda dan peranti mereka

Lihat tempat ahli keluarga anda berada dan bantu cari peranti yang hilang.

Kongsi lokasi anda dengan kumpulan Perkongsian Keluarga anda dan cari peranti yang hilang

Reset kod laluan Masa Skrin pada peranti anak anda

Jika anak anda mengetahui kod laluan Masa Skrin atau anda terlupa, anda boleh meresetnya dan mencipta yang baharu.

Setkan, tukar dan urus kod laluan Masa Skrin pada peranti anak anda

*Untuk menggunakan semua ciri yang diterangkan dalam panduan ini, anda memerlukan versi 27 atau lebih baharu untuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS atau visionOS. Jika anda menyediakan ciri ini untuk kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda, semua peranti dalam keluarga anda mesti dinaik taraf kepada versi 27 atau lebih baharu untuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS atau visionOS 27. Ketahui cara mengemas kini peranti keluarga anda.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.