Terokai kawalan ibu bapa pada peranti anak anda
Peranti Apple anak anda disertakan dengan kawalan ibu bapa* yang membantu anda menentukan masa mereka menggunakannya, perkara yang mereka boleh lihat dan muat turun serta orang yang boleh berkomunikasi dengan mereka menerusi app dan perkhidmatan yang disokong. Anda boleh menyediakan dan mengurus kawalan ibu bapa daripada iPhone, iPad atau Mac anda sendiri. Seting kawalan ibu bapa yang disokong anda diselaraskan ke semua peranti anak anda secara automatik, bergantung pada ketersediaan ciri pada setiap peranti.
Nota: Sebelum anda bermula, anak anda memerlukan Akaun Kanak-kanak sendiri dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda supaya anda boleh mengurus seting peranti mereka daripada peranti anda sendiri. Sesetengah kawalan ibu bapa diaktifkan secara lalai berdasarkan umur anak anda. Jika anda menyediakan iPhone atau iPad, Mac, atau Apple Watch untuk anak anda atau menyediakan kawalan ibu bapa buat kali pertama, anda akan dibimbing melalui proses penyediaan.
Pilih masa mereka menggunakan peranti mereka
Jadual membolehkan anda mengesetkan masa app tersedia dan Elaun Masa membolehkan anda mengesetkan tempoh masa anak anda boleh menggunakannya. Anda boleh mengesetkan elaun untuk kategori seperti Hiburan, Permainan dan Media Sosial. Panduan berasaskan umur daripada pakar perkembangan kanak-kanak membantu anda membuat keputusan. App dan kenalan yang anda sentiasa benarkan kekal tersedia setiap masa.
Pilih perkara yang mereka boleh akses
Anda boleh memulakan anak anda dengan set app dan tapak web yang difokuskan, kemudian tambah lagi apabila mereka bersedia. Dengan Minta Kebenaran untuk Beli dan Minta untuk Melayari, anak anda meminta kebenaran sebelum membeli atau memuat turun apa-apa yang baharu atau sebelum melawat tapak web baharu dalam Safari. Permintaan ini akan dihantar kepada anda dalam Mesej, yang anda boleh menyemaknya sebelum meluluskannya. Anda juga boleh mengesetkan pengehadan berdasarkan umur untuk filem, muzik, buku dan banyak lagi dalam Perkhidmatan Media Apple.
Sekat atau benarkan akses ke app dan tapak web pada peranti anak anda
Pilih kandungan yang sesuai dengan umur untuk filem, muzik dan banyak lagi pada peranti anak anda
Pilih orang yang boleh berkomunikasi dengan mereka pada app yang disokong
Tentukan orang yang anak anda boleh panggil, mesej dan FaceTime serta buatkan mereka bertanya sebelum berhubung dengan sesiapa yang baharu. Keselamatan Komunikasi akan mengaburkan kebogelan atau keganasan yang dikesan dalam foto dan video dikongsi sebelum anak anda melihat atau menghantarnya serta menunjukkan cara untuk mendapatkan bantuan.
Pilih orang yang boleh berkomunikasi dengan anak anda pada peranti mereka
Semak aktiviti mereka dan buat pelarasan
Lihat ringkasan mingguan tentang cara anak anda menggunakan peranti mereka dan app yang paling kerap mereka gunakan. Jika keperluan keluarga anda berubah, anda boleh menjeda penggunaan peranti dengan cepat, membenarkan penggunaan peranti tanpa had atau melaraskan jadual mereka.
Lebih kawalan ibu bapa
Sekat ciri dan perubahan Pilih ciri terbina dalam yang anak anda boleh gunakan, seperti Siri dan Apple Intelligence atau AirDrop, dan halang mereka daripada menukar seting seperti butiran akaun mereka. Sekat atau benarkan akses dan perubahan kepada ciri dan app pada peranti anak anda | Sediakan kod laluan Masa Skrin Setkan kod laluan yang menghalang anak anda daripada menukar kawalan ibu bapa mereka dan resetnya jika anda terlupa. Setkan, tukar dan urus kod laluan Masa Skrin pada peranti anak anda |
Sediakan Apple Cash dan Apple Card Keluarga Hantar wang kepada anak anda dengan Apple Cash dan setkan had perbelanjaan semasa mereka belajar menguruskannya. Tambah anak yang lebih tua ke Apple Card anda, kemudian semak baki dan caj terkini mereka. Sediakan Apple Cash Keluarga dan Apple Card Keluarga untuk anak anda | Kongsi julat umur anak anda dengan app Kongsi julat umur anak anda dengan app pihak ketiga yang menyertai untuk membantu mereka mendapatkan pengalaman yang sesuai dengan umur. |
Sediakan Waktu Sekolah pada Apple Watch Hadkan perkara yang anak anda boleh lakukan pada Apple Watch mereka pada waktu sekolah atau masa lain yang anda pilih untuk membantu mereka kekal fokus. Anda juga boleh Tukar seting Apple Watch anak anda. | Semak laporan kesihatan Apple Watch anak anda Dengan keizinan anak, lihat aktiviti kesihatan mereka seperti pendengaran, waktu dalam cahaya siang dan kadar jantung. Anda juga boleh menambah butiran kesihatan mereka dan menyediakan ID Perubatan dengan kenalan kecemasan. |