Lihat laporan kesihatan dan maklumat anak anda pada Apple Watch
Dengan keizinan anak, anda boleh melihat laporan maklumat aktiviti dan kesihatan mereka.
Nota: Apple Watch Untuk Anak Anda tidak tersedia di semua negara atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat tentang ketersediaan, termasuk pembawa yang disokong, lihat Apple Watch GPS + Cellular.
Tambah butiran kesihatan dan ID Perubatan anak anda ke Apple Watch mereka
Pergi ke app Apple Watch
pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam anak anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik jam di bawah Jam Keluarga.
Ketik
, ketik Kesihatan, kemudian ketik Minta Data Kesihatan [nama ahli keluarga].
Ketik Minta Data Kesihatan dan pemberitahuan dihantar ke jam terurus. Selepas ahli keluarga anda telah memilih untuk berkongsi data kesihatan mereka, lakukan yang berikut:
Ketik Butiran Kesihatan untuk memasukkan atau mengedit maklumat seperti tarikh lahir, tinggi dan berat.
Ketik Sediakan ID Perubatan untuk menambah kenalan kecemasan dan banyak lagi.
Jika ahli keluarga anda memilih untuk berkongsi maklumat ini dengan anda daripada app Kesihatan mereka, anda boleh melihat butiran kesihatan dan ID Perubatan pada iPhone yang digunakan untuk mengurus Apple Watch dan pada jam.
Pada iPhone anda: Pergi ke app Kesihatan, ketik Perkongsian, ketik nama ahli keluarga anda, kemudian ketik Profil.
Pada Apple Watch terurus: Pergi ke app Seting
pada Apple Watch, kemudian ketik Kesihatan.
Lihat maklumat kesihatan anak anda daripada Apple Watch mereka
Jika ahli keluarga anda telah memilih untuk berkongsi data kesihatan mereka, anda boleh melihat maklumat tambahan tentang aktiviti mereka serta maklumat tentang pendengaran, masa yang diluangkan dalam cahaya siang, kadar jantung dan banyak lagi.
Pergi ke app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Perkongsian, kemudian ketik nama ahli keluarga anda di bawah Berkongsi Dengan Anda.
Ketik Kategori Kesihatan, kemudian ketik kategori.
Apa seterusnya?
Anda boleh membantu anak anda kekal fokus di sekolah dengan menyekat pemberitahuan dan menyahaktifkan semua app pada Apple Watch anak anda apabila anda menyediakan Waktu Sekolah. Lihat Bermula dengan Waktu Sekolah pada Apple Watch anak anda.